iPhone 12: Berbaloi Ke Beli?

Two hands holding up iPhone 12
source: https://www.apple.com/my/shop/buy-iphone/iphone-12

Seperti ramai pun yang dah tahu, 23 Oktober haritu Apple telah hampir mencetuskan WWIII!

Okay, takdalah sampai macam tu sekali tapi benda ni memang jadi topik perbualan yang hangat.

Kenapa? Well, bagi korang yang tak ambik kisah sangat pasal the ‘Apple Hype’, setiap tahun Apple akan release new and ‘improved’ versions of their famous devices. Seperti biasa, tahun ni tak terkecuali.

Apple telah pun release series iPhone 12 yang merangkumi iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Mini. Apple really said,

“Yup, we came up with iPhones for everyone in your family even for the baby”.

All jokes aside, series iPhone 12 ni datang dalam warna-warna (boleh lah nak dikatakan) menarik dan berbeza daripada series iPhone 11 sebelum ni. Kalau korang masih ingat lagi, design series iPhone 12 ni lebih kurang version modern iPhone 5s and 5. Are we going back in time? Probably.

Selain itu, series iPhone 12 semua menggunakan Super Retina XDR Oled Displays, Ceramic Shield screen, A14 Bionic chip dilengkapi modem 5G, Dolby Vision recording (iPhone 12 Pro Max), MagSafe (faster wireless charging), dan yang paling penting dijual pada harga yang reasonable (bermula daripada RM 3,399.00 – iPhone 12 Mini) untuk series iPhone yang bukan series SE. Kalau nak dibandingkan dari segi specs, iPhone 12 ni takdalah beza sangat pun dengan iPhone 11 tapi tu cerita lain.

Okay, kalau iPhone 12 ni ada jugak wow factornya, apa yang sampai hampir cetuskan WWIII ni? Hah, korang sabar jap. Drumroll please…. Series iPhone 12 kegilaan ramai ni datang tanpa charger dan EarPods! You heard that right, series iPhone kalini hanya datang dengan kotak, cable dan phone. Motif? Apple tengah kejar untuk capai goal dorang iaitu untuk ‘reduce the phone’s environmental impact’ dan untuk carbon-neutralisekan semua product Apple menjelang 2030.

Source: https://www.apple.com/my/environment/

So, dorang mula dengan menjual iPhone tanpa charger dan EarPods. Senang kata, kalau korang nak charger and EarPods baru terpaksalah keluarkan duit lagi. FYI untuk sedapkan hati korang semua, Apple dah pun kurangkan harga retail charger adapter dan EarPods. Macam tak membantu sangat, tapi takpa.

Okay bertenang semua, tu baru satu bad news. Bagi korang yang dah padam hasrat untuk order iPhone 12 sebab takda charger dan EarPods, korang patut tahu yang mula dari sekarang Apple dah tak bagi charger dan EarPods untuk semua jenis iPhone. Nampaknya this will be the new norm guys, apa korang rasa?

Menarik jugak issue ni kan? Ingatkan masuk tahun 2020 ni kereta dah boleh terbang, tapi rupanya phone dijual tanpa charger. No need to worry, just look at the bright side, kita patut berterima kasih dengan Apple sebab dapat selamatkan bumi kita yang tercinta ni! 

So, korang nak ke beli iPhone 12 ala carte with a side of no charger and no EarPods ni?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts