[TERKINI] Intipati Terbaik Belanjawan Negara Tahun 2021 Yang Wajib Anda Tahu

Hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2020. Tahun ini juga boleh dikatakan satu tamparan hebat kepada ekonomi negara selepas negara diserang wabak pandemik. Jadi, ini antara intipati penting tentang belanjawan negara tahun 2021 yang wajib anda tahu.

Harini ini, pembentangan bajet 2021 akan dilakukan di dewan parlimen oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Ramai sebenarnya yang tak sabar dan nak tahu apa pelan yang telah dirangka oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mengukuhkan lagi ekonomi negara. Jom sama-sama ikuti pembentangan bajet 2021.

Intipati belanjawan negara tahun 2021

Antara senarai belanjawan yang mendapat perhatian ramai:

Bantuan pembayaran pinjaman ditambahbaik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000: – Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau – Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Pencarum KWSP yang terjejas dengan Covid-19 dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

belanjawan negara tahun 2021
Sumber : Google

Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021.

Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun (sebelum ini 40 tahun).

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200; Isi rumah yang mempunyai 2 anak atau lebih akan menerima RM1,800.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800; Isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200.

Pemberian BPR dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion, berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.

Sumber: Google

Pemberian RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi golongan muda usia 18 hingga 20 tahun yang melibatkan seramai 1.5 juta belia, akan menerima manfaat ini yang membabitkan peruntukkan sebanyak RM75 juta.

RM1.5 bilion Program Jaringan PRIHATIN: Kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit

Semoga dengan pembentan bajet 2021 pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu ramai pihak terutama ekonomi semasa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts