Ini 5 Hadiah CNY Yang Sesuai Untuk Diberikan

hadiah cny

Tahun Baru Cina dah nak tiba! Sebagai rakyat Malaysia, kalau kita tak sambut perayaan ni pun, kita mesti ada kenalan yang sambut. Jadi apa lagi, inilah masanya kita bertungkus-lumus sediakan hadiah CNY yang bermakna buat mereka.

Dalam list ini, kami kongsikan LIMA hadiah CNY yang sesuai dihadiahi keluarga dan rakan-rakan ketika Tahun Baru Cina. Jom kita discover list ni bersama!

Serabut fikir nak beri hadiah apa? Jangan risau, ini kami berikan idea hadiah CNY kepada anda

1. Bakul Atau Hamper Dipenuhi Buah-buahan

Hadiah CNY
Sumber: deliacreates

Bakul atau hamper buah ialah hadiah yang selalu diberikan kepada tuan rumah, terutamanya bakul atau hamper yang dipenuhi limau mandarin.

Waktu-waktu macam ni, limau mandarin ada dimana-mana, berkotak-kotak, seluas mata memandang. Anda cuma perlu bijak pilih mana yang masih segar je.

Ada sebabnya kenapa limau mandarin sangat popular ketika Tahun Baru Cina. Ini kerana limau mandarin membawa maksud tuah dan harta. Pendek kata, dengan memberikan limau mandarin, anda mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Buah limau bukanlah satu-satunya buah yang popular ketika Tahun Baru Cina. Ada banyak lagi buah yang lain!

2. Daun Teh Yang Berkualiti Tinggi

Pernah tak melawat rumah keluarga atau rakan-rakan cina anda? Rumah mereka selalunya dipenuhi pelbagai jenis teh. 

Teh sangat mudah didapati di pasaran. Kalau kita tengok rak-rak teh di pasar, ada pelbagai jenis teh dalam pelbagai rekaan. Import, lokal, semua ada!

3. Makanan Sebagai Hadiah CNY

Hadiah CNY
Sumber: wonderwall

Siapa je tak suka dihadiahkan makanan? Terutamanya jika dibungkus elok dan cantik. 

Anda boleh berikan biskut seperti tart nanas, cookies dan biskut butter. Ataupun hadiahkan daging yang berkualiti tinggi. 

4. Makanan dan Minuman Tonik

Jika ada ahli keluarga atau kenalan yang dah berumur, makanan dan minuman tonik sangat sesuai dihadiahi mereka. 

Pastikan anda kaji tentang kebaikan makanan dan minuman tonik yang nak dihadiahi supaya si penerima dapat memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Tersilap beri, silap haribulan lain yang jadinya nanti.

5. Angpau Yang Tebal

Hadiah CNY
Sumber: herworld

Apa dia? Ada anak-anak kecil? Inilah masanya kita keluarkan simpanan dari bank dan masukkan semuanya dalam angpau! Kanak-kanak sangat sukakan angpau.

Psst pstt, kalau beri mereka lebih, anda pasti akan jadi orang favourite mereka pada hari tersebut. Jadi, jangan lupa tebalkan angpau-angpau anda.

Macam mana? Dah ada idea nak beri hadiah apa? Tunngu apa lagi, jom kita shopping sakan!

Eh, tak sabarnya nak sambut hari yang meriah ini!

Nak baca lagi artikel menarik dari Laichikang? Klik link di bawah ini dan teruskan setia bersama kami tau

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts