Pembersih Bukan OCD Ya! Ini 5 Ciri-Ciri Penghidap OCD

Credit: https://www.orissapost.com/

Ramai mengaku menghidap penyakit Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) ini tanpa mengetahui maksud sebenar penyakit ini dan ciri-ciri penghidap OCD.

Ramai berpendapat asal pembersih je, OCD. Perfectionist je, OCD. Tanggapan itu sebenarnya salah. OCD yang sebenar bukanlah sekadar pembersih dan pengemas ya??

Apa sebenarnya perbezaan perfectionist dan OCD?

Sikap gigih untuk memlakukan sesuatu perkara dengan sempurna adalah satu usaha yang baik. Dan yang membezakan seorang perfection dengan OCD adalah rasional di sebalik sesuatu tindakan.

Seseorang yang perfectionist akan mencuci tangan mereka very thoroughly sehingga bersih. Manakala individu yang menghidap OCD pula akan mencuci tangan mereka berulang-ulang kali walaupun tiada lagi kesan kotoran pada tangannya.

OCD adalah sejenis kecelaruan personaliti yang dicirikan oleh sifat individu yang mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan.

Manakala, pembersih dan pengemas itu ada sifat common yang patut ada pada semua individu.

Ada lima jenis OCD, namun yang biasa ditemui dalam kalangan pesakit ialah “contamination” dan “phatological doubt”.

“Contamination” merujuk kepada individu yang sentiasa berfikiran bahawa diri dan persekitarannya kotor, manakala “phatological doubt” pula pesakit yang sentiasa dalam keadaan waswas.

Jadi, apa sebenarnya ciri-ciri orang yang menghidap penyakit OCD ni? Jom ketahui 5 ciri penghidap OCD.

5 Ciri-Ciri Penghidap OCD

  1. Rasa takut yang melampau pada kuman dan kotoran

Antara ciri-ciri Penghidap OCD adalah, mereka akan berasa takut untuk menyentuh benda atau barang yang telah disentuh orang lain, tombol pintu contohnya.

Individu yang menghidap OCD akan membasuh tangan bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali dalam satu masa. Kelakuan ini biasanya didorong dengan rasa takut pada kuman yang juga boleh berpunca daripada ketakutan untuk menjadi punca orang lain menjadi sakit.

2. Melakukan sesuatu perkara berulang kali sehingga memakan diri

Lagi ciri-ciri penghidap OCD adalah mereka sering melakukan perkara yang sama berkali-kali kerana berasa takut, risau dan tidak selamat. Sebagai contoh, tabiat seperti memeriksa pintu sudah dikunci atau tidak, mengira, membasuh tangan dan semua ini dilakukan berkali-kali.

Ada yang memakan masa berjam-jam mengulangi perkara-perkara itu sehinggalah timbul rasa puas hati.

3. Obses terhadap sesuatu pattern

Adalah tabiat normal seorang manusia apabila suka melihat susunan yang kemas dengan pattern yang sedap mata memandang. Siapa je yang tak suka tengok benda tersusun cantik kan?

Namun, pesakit OCD selalunya mempunyai tabiat terlalu obses kepada susunan sesebuah pattern. Mereka akan berasa stress yang melampau apabila melihat objek tidak disusun mengikut cara dan pattern yang betul.

4. Tanda fizikal

Antara ciri-ciri penghidap OCD yang lain adalah, tanda fizikal. Normally, pesakit OCD tidak menunjukkan tanda-tanda fizikal kerana kebanyakkan perkara bermain di minda.

Namun, jika seseorang individu mempunyai tabiat disebabkan OCD seperti mencuci tangan berkali-kali (kerana obses pada kebersihan), tangan mereka mungkin boleh dilihat mempunyai kemerah-merahan, kasar, dan luka yang luar biasa kerana terlalu kerap membasuh.

5. Sering dikaitkan dengan depresi

Tahukah anda, OCD mempunyai jenis-jenisnya dan kebanyakkan berkait rapat dengan beberapa masalah mental yang lain, terutamanya kemurangan. Yes, ini juga antara ciri-ciri penghidap OCD yang utama.

Baca: The Link Between OCD and Major Depressive Disorder

Menurut seorang pakar psikiatri Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah, penghidap OCD yang turut mengalami kemurungan berisiko tinggi untuk bertindak di luar kawasan seperti mencederakan diri sendiri.

Mampu pulih sepenuhnya

Walaupun penyakit OCD ini kedengaran bahaya dan menakut, ia mampu sembuh sepenuhnya jika mendapat rawatan awal. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mempunyai ciri-ciri ini, jangan malu untuk mendapatkan rawatan daripada pakar.

Lagi satu, pakar turut menyeru orang ramai untuk hentikan stigma melabelkan seseorang individu itu gila sekiranya berjumpa dengan pakar psikiatiri. Ini kerana tidak semua penyakit mental dikategorikan sebagi tidak waras.

So guys, lepas ni jangan salah erti okay maksud OCD ni, kerana ia bukan lah jenis ‘perfectionist’ yang kita sangkakan.

Nak baca konten menarik lagi? Layari https://www.laichikang.com/ sekarang!


Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts