Guna Website ‘Semak Mule’ Untuk Elak Di Tipu Scammer

Sekarang ni memang dah banyak kali kita baca di laman media sosial mengenai individu yang telah ditipu oleh scammer hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah golongan warga emas yang mudah diperdaya oleh scammer ini.

Gambar sekadar hiasan

Namun, baru-baru ini tular di Facebook mengenai sebuah video perkongsian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah yang menunjukkan sebuah website khas yang membolehkan korang untuk semak sama ada nombor akaun bank yang diberikan oleh sesorang itu benar atau palsu.

VIDEO PILIHAN: ELAK JADI MANGSA “SCAMMER” DENGAN ‘SEMAK MULE’[SCAM ALERT] VIDEO PILIHAN: ELAK JADI MANGSA “SCAMMER” DENGAN ‘SEMAK MULE’ Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian. Saksian video penerangan yang dihasilkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah tentang tatacara membuat semakan awal menggunakan Portal ‘Semak Mule’, sebelum anda menjadi mangsa penipuan seterusnya! Masyarakat yang ingin menggunakan aplikasi ini juga boleh memuat turun ‘Semak Mule’ di platform Google Playstore. Sumber: Polis Sabah #ScamAlert #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #16122020

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, December 16, 2020

Video berdurasi 2 minit 26 saat itu mendapat ribuan share dan ribuan like. Rata-rata masyarakat Malaysia berpuas hati dengan hasil perkongsian video tersebut kerana ia mudah digunakan dan mudah di fahami oleh semua orang.

Sumber: Facebook

Di dalam video berkenaan, korang akan di ajar cara untuk menggunakan website Semak Mule tersebut. Caranya adalah sangat mudah di mana korang cuma perlu masukkan nombor akaun bank yang di ragui kesahihannya dan kemudian akan keluar keputusan.

2 Report telah dibuat

Jika nombor akaun bank yang korang masukkan tu milik scammer atau pernah di buat laporan polis ke atasnya, maka nombor akaun bank tersebut akan di keluarkan amaran dan secara tak langsung korang boleh terus elakkan dari berurusan dengan individu empunya nombor bank itu.

Sumber: Facebook

Menurut pegawai polis berkenaan juga, jika nombor akaun bank yang telah korang masukkan dan tiada amaran dikeluarkan makan nombor akaun bank tersebut adalah selamat dan bukan scammer.

Tambahnya lagi, beliau menegaskan sekeras-kerasnya supaya semua orang yang ingin membuat pembelian secara online untuk menggunakan website berkenaan terdahulu bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer yang seterusnya.

Korang juga boleh dapatkan aplikasi Semak Mule ini di Google Playstore.

Sumber: Google Playstore

Hah! Pastikan korang semua gunakan website ni dulu tau kalau nak shopping online. Mari sama-sama kita banteras scammer!

BACA: Butang retweet Twitter kini kembali normal!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts