Gara gara main TikTok, pegawai polis ini dikenakan tindakan tatatertib

Niat hanya nak bersuka ria, nak lepaskan stress, tapi apakan daya.. kena tindakan tatatertib pula jadinya. Akibat memuat naik video aksi tarian di laman TikTok, seorang anggota polis wanita dari Kontenjen Kelantan ini bakal berdepan dengan tindakan tatatertib.

“Perbuatan anggota terbabit bukan sahaja menjejaskan imej jabatan, malah telah melanggar kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM)”

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat

Beliau juga berkata, PDRM memandang serius perlakuan anggota polis wanita itu kerana mempamerkan aksi tarian dengan memakai uniform PDRM yang lengkap ketika menjalankan tugas.

Tambah beliau lagi, “Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial. Pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan mana mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM”

Kini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan kini sedang menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sumber: Twitter

Pelbagai reaksi netizen yang dilontarkan dengan tindakan yang dikenakan pada pegawai polis ini.

Ada yang setuju, ada yang tidak.

Apa nak buat, nasi telah pun menjadi bubur. Semoga apa yang berlaku boleh menjadi satu pengajaran kepada orang lain ya!

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts