Gaji Minimum Digesa Naik Pertengahan Tahun 2022

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Putrajaya menaikkan gaji minimum pada suku kedua tahun ini, bukannya akhir tahun.

Menurut Timbalan Presiden MTUC Effendy Abdul Ghani, walaupun rancangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 itu disambut baik oleh semua pihak, namun beliau mempersoalkan mengapa ia dilaksanakan menjelang akhir tahun.

Beliau mendakwa kenaikan gaji minimum sepatutnya dilaksanakan menjelang suku kedua tahun 2022.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata, dijangka gaji minimum “sekitar RM1,500 sebulan” akan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2022 walaupun kadar baharu itu belum dimuktamadkan kerana kementeriannya sedang menunggu kelulusan Jemaah Menteri.

Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) belum mengadakan pertemuan antara pekerja, majikan dan kerajaan pusat sejak pertukaran kerajaan pada 2020.

“Kami menggesa kerajaan mengadakan perbincangan tiga pihak di antara pekerja, majikan dan kerajaan mengenai isu kenaikan gaji minimum.

“Baru-baru ini, FMT melaporkan mengenai kenaikan harga makanan asas semakin melepasi gaji minimum, yang menunjukkan mengapa kenaikan ini perlu dilakukan secepat mungkin,” katanya.

Effendi mempertikaikan kenyataan kerajaan yang mendakwa kenaikan gaji minimum berisiko memusnahkan perniagaan selepas mengalami kejutan ekonomi akibat pandemik dan banjir baru-baru ini. 

Menurut beliau, alasan MEF itu serupa dengan alasan yang diberikan pada tahun 2012. Beliau mempersoalkan jumlah sebenar syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum itu. 

“Kos sara hidup semakin tinggi sekarang. Inilah masanya kerajaan melalui NLAC membincangkan gaji sara hidup dan beralih daripada gaji minimum,” sambungnya lagi.

Baca lagi: Kenaikan Harga Tidak Dapat Dielakkan, Pengguna Diminta Bersedia

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts