Fuh! Ingatkan mati, tidur rupanya..

rupanya sedang beradu..

Seorang anak muda disangkakan meninggal oleh ahli keluarganya, rupa-rupanya ‘tidur mati’ setelah ahli bomba datang untuk mencuba memecahkan pintu rumah keluarga ini.

Kejadian yang berlaku di Johor Bahru semalam apabila seorang anak muda di dalam sesebuah keluarga yang baru pulang dari kuil tidak menyahut dan tidak membuka pintu selama satu jam lebih menyebabkan ahli keluarganya terpaksa membuat panggilan kecemasan kepada pasukan bomba dan penyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Il Faisal Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan terperangkap dalam rumah melalui talian kira-kira 11 malam. Katanya,

Susulan panggilan diterima, seramai 10 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai.

“Pasukan berkekuatan 10 anggota tiba di kediaman berkenaan dan segera memulakan operasi membuka pintu dengan peralatan khas, namun ketika itu juga mangsa yang didakwa terperangkap tiba-tiba membuka pintu dari dalam.”

Mangsa tiba-tiba muncul dengan mengatakan tertidur akibat kepenatan. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat pemeriksaan akhir bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum berpatah semula ke balai.

Operasi berakhir pada pukul 11.18 malam, katanya.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts