From a digital marketer, to a home baker

Memang tak dinafikan, sejak pandemik berlaku iaitu sejak tahun 2020, ramai di kalangan kita yang terpaksa kehilangan kerja. Bukan itu sahaja, malah ada yang dicutikan, gaji dipotong setengah dan banyak lagi.

Walaupun kita pernah cecah 0 kes tahun lepas, namun kes telah naik dengan mendadak lagi dan siapa sangka kini adanya MCO 2.0? Mungkin matahari akan bersinar lebih terang selepas ni, mungkin.

Cerita pasal ramai orang diberhentikan dan dibuang kerja, tweet Luna Rahman mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik status suaminya kini menjadi home baker setelah kehilangan kerja sejak Julai yang lalu.

“Bismillah.. Hubs lost his job last July sejak PKP. From a digital marketeer to a home baker, Alhamdulillah now cafe dah buka walaupun masih PKP. Coffee and Canele lovers, jemput datang ikat tepi ok?”

Cafe ini diberi nama Burrow KL dan interior cafe ini sangat lah aesthetic ya! Sesuai untuk yang nak tangkap gambar OOTD dan post kat Instagram. Cafe ini dibuka walaupun sekarang tengah MCO, cuma korang kena patuh SOP okay.

Jom tengok macam mana rupanya Burrow KL Cafe ni!

Cafe ini juga menawarkan servis penghantaran, korang boleh order di bit.ly/burrow-kl. Jom lah sama sama kita support each other okay 🙌

Korang boleh juga tengok tengok Instagram mereka untuk tahu lebih lanjut. Bagi peminat kopi dan kek, make sure korang masukkan cafe ni dalam wishlist korang tau!

Baca juga: Khairul Aming Meluahkan Kekecewaaan Terhadap Peniaga Yang Tidak Telus

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts