‘Food Bank’ Di Bolot Golongan Tamak?

Setiap hari, ada je kisah atau cerita mengenai individu yang memerlukan bantuan makanan khususnya mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik covid-19 ni.

Tapi, siapa tak kenal dengan kemurahan dan kebaikkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ni kan?

Ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan sanggup menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dengan erti kata lain, golongan ini sanggup tubuhkan ‘food bank’ untuk kegunaan mereka yang memerlukan.

Sumber: Twitter

Tapi, ada pula masalah lain yang timbul.

Selepas tertubuhnya ‘food bank’ ini, memang tak dinafikan ramai pihak yang mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Namun, ada juga yang mengambil kesempatan.

Mengikut perkongsian @acaiijawe di laman Twitter miliknya, pemuda ini mempersoalkan mengenai kredibiliti individu yang mengambil hak orang lain tanpa rasa segan silu.

Kat kariah sini, ada individu yang ambil kesempatan dengan bawa balik kuantiti banyak SETIAP HARI.

Bimbang dengan perkara ini terus berlarut, pemuda ini telah meminta pendapat dan pandangan di laman Twitter.

Ramai yang memberikan respon yang sama di mana, rata-rata mengatakan ada individu yang mengambil kesempatan dengan mengambil makanan di ‘food bank’ secara berkali-kali dan pada setiap hari.

Ada juga yang memberi cadangan untuk membekalkan kupon kepada mereka yang memerlukan dan kupon itu hanya boleh digunakan kepada kedai yang terpilih sahaja.

Jadi, menurut anda apa cara paling efektif untuk membendung isu individu yang suka mengambil kesempatan dalam kesusah orang lain ini?

BACA: 5 Cara Detect Bag Fake Dengan Mudah

Total
28
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts