“Ejen Ali Misi: Juang” Mendapat Sambutan Hangat Warga Malaysia

Ejen Ali telah menggegarkan warga Malaysia dengan filem pendek mereka, yang dinamakan Misi: Juang. Filem pendek ini mendapat lebih 2 juta penonton walaupun baru sahaja di-released 2 hari lepas. (25 December 2020).

Video berdurasi 3 minit itu turut menampilkan karakter baru, yang membuatkan penonton bersorak dan memuji produksi kerana telah menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang ejen yang turun bersama memerangi watak jahat tentera Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Yang menarik lagi, semua karakter di dalam filem pendek itu juga dilihat memakai face mask mereka semasa sedang berlawan.

Menurut Usamah Zaid Yasin (Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation) berkata, filem pendek ini adalah untuk menunjukkan tanda penghargaan untuk frontliners yang sentiasa berjuang dan tidak pernah berputus asa untuk membantu membanteras Covid-19 ini.

“Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang, melawan musuh yang tidak dapat dilihat. 

Dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari, kami ingin menyeru semua Ejen diluar sana untuk turut serta dengan MISI; JUANG menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka agar sentiasa berwaspada, mempraktikkan dan mengikuti protokol keselamatan supaya bersama-sama kita memastikan pengorbanan barisan hadapan tidak sia-sia”.

Begitu ramai penonton yang memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen filem pendek yang disiarkan di Youtube itu,

Bukan sahaja di Youtube, malah di Twitter juga turut memberikan pelbagai reaksi dan sokongan terhadap Produksi Ejen Ali.

Ada juga yang memberikan sokongan agar filem pendek ini mendapat sambutan dari luar negara juga. Tabik laa Ejen Ali! You guys rock!

Untuk yang belum tengok lagi, jom tengok sekarang! Boleh tekan link disini.
EJEN ALI MISI: JUANG (Animasi Pendek)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts