Duit kertas Ringgit Malaysia sebenarnya..

Siapa yang dah hidup berpuluh tahun tapi tak tahu pun yang duit kertas Malaysia sebenarnya tidak dicetak di Malaysia? Haa, mesti ramai Bank Negara kan yang cetak?

Sebenarnya duit kertas Malaysia dicetak di negara lain. Tapi kenapa di negara lain? Kenapa bukan dekat negara kita je?

Okay untuk menjawab persoalan di atas, ini dia penjelasan kenapa wang ringgit kita tidak dicetak di negara kita sendiri:

Kertas yang bermutu tinggi lengkap dengan ciri-ciri keselamatan

Menurut sebuah perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Farhana Naim, wang kertas RM diperbuat daripada kapas. Sebab itulah apabila kita menyentuh wang kertas itu, kita terasa sedikit kesan dan menghasilkan bunyi rangup yang unik apabila dironyokkan.

Image
Kredit: Farhana Naim

Dan tahukah anda wang kertas RM telah pun berada di siri yang ke-4. Siapa dekat sini yang sempat guna RM siri yang pertama?

Tak pernah tengok RM siri pertama. Nah, jemput tengok!

RM Siri Pertama yang dikeluarkan pada 1967. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Kedua, yang dikeluarkan pada tahun 1982. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Ketiga yang dikeluarkan pada 1996. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Pertama yang dikeluarkan pada 2008. Kredit: Numiscar

Siri keempat adalah design yang terbaru yang paling biasa kita lihat hari ini. Siri ketiga pun ada juga, namun koleksi ini sudah jarang dilihat.

Kalau nak tahu, ciri-ciri keselamatan mula diterapkan dalam RM pada siri yang ketiga. Ini antara ciri-ciri keselamatan yang diletakkan:

  1. Cetakan timbul
  2. Potret tanda bayang
  3. Tanda pandang telus
  4. Benas keselamatan tertanam
  5. Benang keselamatan kanta mikro
  6. Petak kilat berwarna
  7. Teks mikro
  8. Unsur cahaya pendarfluor dua warna
  9. Teks dan logo
  10. Benang kerat keselamatan

Teknologi canggih digunakan

Untuk menjaga keselamatan dan kualiti wang RM, ia diperbuat daripada 75% kapas serat dan 25& linen. Keperluan keselamatan yang tinggi memerlukan teknologi yang canggih. Ini adalah antara sebab wang ringgit kita dibuat di negara luar kerana kekurangan dari segi teknologi yang canggih.

Bagi wang kertas BNM Siri Ke-3, ia dicetak oleh bukan satu tapi empat buah negara iaitu:

  • Crane AB, Sweden
  • Oberthur Technologies, Perancis
  • Orell Fussli, Switzerland
  • Giesecke & Devrient GmbH, Jerman

Malaysia memang ada membuka peluang untuk pencetak antarabangsa melalui proses tender terbuka.

Bagi RM Siri Ke-4, ura-ura ada mengatakan siri ini dicetak di China Banknote Printing and Minting Corporation (CBPM). China bukan sahaja memperoleh kontrak percetakan wang Ringgit Malaysia, malah daripada negara-negara lain seperti Thailand, Sri Lanka, India, Bangaladesh, Poland dan Brazil.

TAPI, duit syiling pula dicipta di Malaysia iaitu di Shah Alam.

Lepas ni kalau orang tanya duit Ringgit Malaysia dibuat di mana korang dah tahu lah jawapannya!

Kalau nak baca lagi article-article menarik, korang layari je https://www.laichikang.com/ 😀

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts