“Don’t Mess With Hungry Malaysians!” – Hashtag #SiBodohKauDengarSini Trending No 1 di Twitter

Buat pengguna Twitter, sudah pasti ramai yang tahu mengenai hashtag #SiBodohKauDengarSini yang sedang trending no 1 dan sedang hangat diperkatakan.

Bagi yang tak tahu, jom kami ceritakan!

Ceritanya bermula dengan perasaan kecewa orang ramai terhadap polisi PKP 2.0 yang hanya membenarkan waktu operasi kedai kepada hanya pada 8 malam.

Seorang pengguna Twitter @farhanazahan yang mengadu sudah dua kali tidak dapat makan malam kerana tidak dapat membuat pesanan makan dek kerana polisi baru itu.

DIa juga mengadu dia bukanlah seperti seorang menteri yang mempunyai pembantu rumah untuk menyediakan makan setelah selesai bekerja.

Dalam PKP 2.0, restoran atau kedai makan mesti menamatkan operasi pada pukul 8 malam. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran makanan tidak lagi menerima pesanan seawal jam 7.20 malam.

Tak puas hati dengan rungutan @farhanazahan, pengguna twitter lain @ puterirajaawan membalas rungutan itu dengan mengatakan orang ramai tidak sepatutnya mengeluh, sebaliknya boleh membeli makanan lebih awal dan memanaskannya keesokan harinya.

“You tau you balik kerja lambat, you order lah one day before lepas tu letak la
dalam fridge. Esok reheat je lah. If theres a will theres a way bro,” tulisnya.

Pendapat itu menimbulkan kemarahan pengguna akaun @yarafaee_ yang menulis “Si bodoh, kau dengar sini” bagi meluahkan perasaannya.

Ciapan itu mendapat lebih daripada 16,500 ulang ciap dan 23,500 setakat hari ini.

Don’t Mess With Hungry Malaysians!

Susulan daripada tweet itu, ramai netizen mengambil kesempatan ini menggunakan hashtag itu. Sehingga pagi ini, hashtag tersebut telah digunakan dalam lebih 60, 000 tweet!

Dilaporkan kerajaan kini sedang mendapatkan nasihat KKM mengenai waktu operasi kedai makan selepas menerima ramai rungutan orang ramai.

Fuh, jangan main-main dengan orang Malaysia yang lapar ni ye!

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts