Doktor kongsikan 6 cara elak mendapat serangan migraine

Hingga ke hari ini, masih ada yang tak dapat membezakan antara pening biasa dan migraine. Migraine adalah sakit kepala yang berdenyut, dan kebiasannya terjadi pada satu sisi kepala sahaja.

Migraine merupakan penyakit saraf yang dapat menimbulkan gejala seperti mual, muntah serta sensitif terhadap cahaya atau suara. Dan kebiasannya, migraine ini berlarutan selama beberapa jam atau beberapa hari.

Ada banyak penyebab terjadinya migraine, antaranya ialah faktor pemakanan, alkohol, perubahan hormon, stres, perubahan cuaca, faktor genetik, faktor usia dan banyak lagi.

Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Baru baru ini, Dr Iskandar Mirza mengongsi 6 cara untuk mengelakkan dari mendapat serangan migraine melalui akaun Twitter beliau.

Sumber: Twitter

1. Sentiasa mencatat apa yang dimakan atau diminum

Apabila korang catat apa yang korang makan atau minum, secara tidak langsung korang akan ketahui makanan atau minuman apa yang boleh menyebabkan berlakunya migraine.

2. Makan pada waktunya

Makan tepat pada waktunya bukan sahaja penting bagi orang yang mengalami masalah migraine, malah ia patut dijadikan satu budaya. Jangan tunggu lapar baru nak makan kerana itu merupakan gaya hidup yang tidak sihat.

3. Kurangkan pengambilan caffeine

Jika caffein diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan migraine. Pada masa yang sama, jangan kurangkan pengambilan caffein secara drastik, tetapi slow slow. Sebab apabila korang kurangkan pengambilan caffein secara mendadak, itu pun boleh menyebabkan migraine!

4. Dapatkan tidur yang secukupnya

Sentiasa tidur on time dan pada waktu yang sama. Sebab apabila kita terlalu penat atau mengantuk, itu pun boleh terjadinya migraine.

5. Kurangkan stres

Ada banyak cara untuk kurangkan stres seperti bersukan, meluangkan masa bersama keluarga atau lakukan aktiviti yang anda gemar. Jika sudah cuba dan ianya tidak berjaya, sila buat temu janji untuk kaunseling atau sesi ‘stress management’.

6. Selalu bersenam

Semasa bersenam, badan kita akan mengeluarkan hormon yang boleh mengurangkan signal kesakitan pada otak. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan anxiety dan depression. Tahukah anda, anxiety dan depression boleh membuat migraine menjadi semakin teruk?

Kalau korang antara yang selalu diserang migraine, apa kata korang cuba 6 cara ini untuk elak daripada mendapat serangan migraine.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts