“Diaorang pun mangsa…” Warganet Bengang Majikan Keras Kepala Tak Tutup Kilang

Sejak bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kecoh di media sosial yang mendesak untuk pihak kerajaan menutup sektor kilang kerana, sektor itu dikatakan antara punya peningkatan jumlah kes positif setiap hari.

Namun masih ada juga kilang yang tetap degil beroperasi dan ingkar arahan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Baru-baru ni, tular video di laman Twitter mengenai sekumpulan pekerja kilang yang lari bertempiaran dikatakan akibat diserbu oleh pihak berkuasa.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Seksyen 22, Shah Alam.

Menurut laporan Sinar Harian, polis mengesahkan kejadian ini bukanlah disebabkan oleh serbuan polis, namun akibat sistem penggera kebakaran yang berbunyi terlalu lama dan mereka menjadi panik.

Namun, warganet tetap bersimpati dengan nasib pekerja yang kelihatan seperti dipaksa masuk kerja walaupun ada arahan tidak dibenarkan bekerja di kilang sepanjang tempoh PKP.

Sumber: Twitter

Semoga selepas ini para majikan lebih peka dengan arahan yang diberikan oleh kerajaan bagi membendung pandemik terus berakhir.

BACA: Sampai tertidur! Atuk teman cucu cari line internet di tepi jalan

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts