Dari Gadis Kampung Hingga Superstar, Ini 5 Fakta Tentang Siti Nurhaliza Dikagumi Ramai

Foto kredit: Asia Tatler

Sebut saja nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, nama ini pasti tidak lagi asing bukan saja di Malaysia tapi di serata Asia.

Penyanyi tersohor kelahiran Pahang ini mula melakar nama seawal usia 16 tahun dalam bidang nyanyian dan merupakan antara individu yang paling disegani di Malaysia.

Pelbagai anugerah, kemenangan yang telah dikecapi oleh beliau daripada mula memasuki industri sehingga kini.

Beliau turut digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhtan pada tahun 2002 yang lalu.

Walaupun anda mengenali penyanyi nombor satu Malaysia ini, ada beberapa perkara yang masih ramai lagi tak tahu.

Nak tahu apa dia? Jom, teruskan membaca!

  1. Pernah menjual kuih dari kecil
Koleksi Foto Siti Nurhaliza Zaman Kecil Dan Remaja Yang Ramai Tak Pernah  Lihat! | Iluminasi

Pada usia 10 tahun, beliau pernah menjual kuih di kampungnya dengan meneriak ‘Kuih, Kuih’ dari rumah ke rumah.

“Seawal usia 10 tahun saya sudah dididik oleh ibu untuk menjual kuih di kawasan perumahan polis, kantin sekolah, pasar malam dan sebagainya.

“Mula-mula saya memang malu, jerit pun perlahan. Sebab saya seorang yang pemalu, namun lama-lama saya menjadi semakin berani dan ia merupakan pelajaran yang kita tidak boleh dapat di mana-mana,” katanya.

2. Tidak mahu ber-photoshoot dengan mana-mana lelaki

Prinsip Dato Siti tidak mahu bergambar dengan artis lelaki membuatkan dia banyak menerima kritikan terutama daripada pihak media.

Namun sebagai seorang yang bercita-cita besar dalam bidang seni, beliau tidak mudah goyah dengan kritikan.

Beliau juga menjadikan kritikan sebagai cabaran untuknya terus menjadi seorang yang berprinsip dan tidak pernah lupa pada keluarga.

3. Pernah mengadakan konsert di Singapura dan tiket habis terjual. Malah, harga tiketnya lebih mahal dari konsert penyanyi antarabangsa iaitu Mariah Carey.

Siti nurhaliza pakai busana traditional berwarna kuning inspirasi puteri  perak rekaan Rizman ruzaini - YouTube

Pada Mac 2000, konsert pertama beliau di luar negara iaitu di Harbour Pavilion, Singapura berjaya mengalahkan konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Mariah Carey’s Rainbow World Tour yang dijadualkan lima hari lebih awal walaupun harga tiket paling mahal jauh lebih tinggi daripada Mariah Carey.

4. Jika tidak bergelar penyanyi, Dato Siti mungkin menjadi polis atau guru

Dato Siti dalam satu wawancara bersama Afdlin Shauki pernah mendedahkan beliau pernag memasang impian untuk berkhidmat dalam anggota polis. Wah, boleh bayangkan tak Dato Siti jadi polis?

5. Antara 100 selebriti dalam senarai Forbes

LIRIK LAGU TAKHTA DUNIA - DATO' SRI SITI NURHALIZA - Aku Sis Lin

Pengiktirafan itu diberi atas inisiatif beliau meningkatkan kesedaran dan menggunakan pengaruh membantu mempromosikan produk makanan peniaga kecil dan restoran yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui perkongsian Instgram Stories (IGs).

6. Mendapat darjat Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Siti Nurhaliza makes Forbes Asia's 100 Digital Stars list after helping  struggling food vendors in Covid-19 pandemic | Showbiz | Malay Mail

Malah, selepas mendapat kurniaan darjah kebesaran sebagai Datuk dan Dato’ Sri, nama beliau juga merupakan antara nama yang disebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Berikut merupakan antara 10 kejayaan terbesar Dato Sri Siti Nuharliza sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi no 1 negara

  1. Juara Bintang HMI 1995
  2. Voice of Asia
  3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
  4. Lebih 200 Anugerah dan Penghargaan dari dalam dan luar negara
  5. Pernah mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records
  6. Telah menghasilkan lebih dari 250 buah lagu
  7. Artis pertama dari Malaysia pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London
  8. Membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth
  9. Merupakan wanita muslim paling berpengaruh selama 3 tahun berturut-turut pada:
    – The World’s 500 Most Influential Muslims 2016
    – The World’s 500 Most Influential Muslims 2017
    – The World’s 500 Most Influential Muslims 2018
  10. Mendapat kurniaan darjah kebesaran negeri Pahang seawal usia 21 tahun

Anda juga boleh tonton video di bawah yang berdurasi 48 minit tentang kisah permulaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts