“Dah tak ada kedai Melayu ke?” Syed Saddiq dikecam kerana membuat ‘review’ makan makan di kedai cina

Syed Saddiq memuat naik video Makan Makan Muo part 2 di tiktok dan mendapat kecaman dari sesetengah warga keyboard warrior. Walaupun ramai yang mengecam beliau, namun ada juga sesetangah netizen yang memandang video itu dengan sudut yang positif.

Kedai kedai yang dilawati beliau adalah:

1. Restoran Shuang Lim, Muar

2. Otak Otak Cheng Boi

3. Cafe 1988

4. Ah Lai Rojak, Tanjung Emas

5. Mee Siput

Kebanyakan netizen mempersoalkan isu sensitif makan di kedai ‘bukan melayu’ dan tidak menitik beratkan kepentingan adanya logo Halal dan banyak lagi. Ramai juga yang mengatakan bahawa makan dia kedai ‘non halal’ adalah haram kerana bahan yang digunakan adalah tidak diketahui dan khuatir bekas yang digunakan untuk dihidangkan kepada orang Melayu adalah sama yang digunakan kepada orang bukan Melayu.

Kecaman yang diberikan kepada Syed Saddiq mendapat perhatian beliau dan telah pun memberi kenyataan melalui akaun Twitter beliau.

Sumber: Twitter

Soalan yang ditanyakan telah pun dipadam oleh pemilik akaun, namun itulah respon yang diberikan oleh Syed Saddiq.

Dah nak masuk 2020, tak perlu lah kita persoalkan isu racism ni ye.

Baca juga: Niat Ebit Lew Nak Bantu ‘makcik’ Foodpanda Tapi Dapat Kecaman

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts