“Dah Macam Tempat Orang Sakit,” Ruang Tamu Dijadikan Bilik Sewa Raih Perhatian Warganet

Isu bilik sewa sempit dengan harga yang tidak masuk akal memang tidak akan pernah habis. Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter iaitu @EeyowH telah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama dengan seorang pemilik rumah sewa.

Ciapan tersebut berjaya mencuri perhatian warga Twitter apabila bilik yang diiklankan oleh tuan rumah berkenaan sebenarnya bukan bilik yang sebenar tetapi hanyalah sebuah katil yang terletak di ruang tamu. Lebih mengejutkan, harga sewa yang ditetapkan adalah RM170 sebulan.

Tinjauan kami di perkongsian tersebut mendapati rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan sikap pemilik rumah berkenaan yang sanggup menyewakan ruang tamu semata-mata demi mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang berpendapat ‘bilik’ itu seolah-olah tempat untuk orang sakit yang menunggu tetamu datang menziarah. Harga yang ditawarkan pula memang langsung tidak masuk akal memandangkan penyewa tiada privasi dan tidak diberikan kemudahan lain.

Nampaknya dalam waktu getir sebegini, masih ada lagi yang mahu mengaut untung dengan menyewakan rumah kepada ramai penyewa.

Jadi, apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah berbaloi untuk seseorang menyewa ‘bilik’ sedemikian rupa?

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts