“Dah 9 bulan tinggal dalam kereta” – Pemuda Rayu Diberikan Penginapan Sementara

Saban hari, ada je kisah sedih akibat kemelarutan pandemik yang menyerang negara kita ni. Tak di nafikan, ramai yang sangat terkesan dengan pandemik ini.

Baru-baru ni, tular di laman media sosial mengenai sebuah website yang dinamakan sebagai kitajaga.co yang berfungsi untuk memudahkan orang ramai memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Kitajaga.co

Seiring dengan objektif penubuhan website ini, tular pula di laman Twitter mengenai seorang pemuda yang meminta bantuan melalui website tersebut.

Dah 9 bulan saya tinggal dalam kereta.

Di dalam penulisannya itu, pemuda ini menyatakan dia sudah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak juga mempunya pendapatan yang stabil. Disebabkan itu, hampir 9 bulan dia tinggal di dalam kereta miliknya yang terletak di kawasan perkarangan hospital.

Tambahnya lagi, pemuda ini turut menggunakan kemudahan awam di hospital untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Melihat perkara ini, tanpa berlengah ramai warganet yang kehadapan dan mencari inisiatif untuk membantu pemuda ini.

Menurut perkongsian dari warganet juga, pemuda ini sekarang bekerja sebagai penjual jeruk asam boi di kawasan sekitarnya sahaja.

Seperti yang dijangkakan, rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan suka untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Mengikut perkembangan di ciapan tersebut, ada individu yang sedang menguruskan penginapan buat pemuda tersebut.

Semoga pemuda tersebut di permudahkan urusannya dan semoga juga kepada mereka yang memberi bantuan dimurahkan rezeki.

BACA: ‘Food Bank’ Di Bolot Golongan Tamak?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts