[i- Citra] – 5 Cara Terbaik Untuk Gunakan Wang KWSP

Wang KWSP

Pernah dengar mengenai i-Sinar? i-Sinar merupakan platform yang digunakan oleh pihak kerajaan bagi membenarkan pengeluaran wang KWSP pencarum sehingga jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.

Tidak mempunyai banyak pilihan, ramai pengguna yang mengambil keputusan untuk mengeluaran wang simpanan mereka di KWSP akibat kekurangan punca pendapatan selepas negara di serang pandemik covid-19.

Kini, sekali lagi pihak kerajaan memberi peluang kepada pencarum yang mempunyai akaun KWSP untun mengeluarkan sejumlah wang simpanan dengan nilai maksima RM5000.00 di bawah program yang dinamakan i-Citra.

Bermula 12 Julai 2021 yang lalu, permohonan i-Citra untuk pengeluaran wang KWSP telah mula dibenarkan.

Jadi, pada hari ini, admin nak tunjuk 5 cara terbaik untuk anda gunakan wang KWSP tersebut tanpa pembaziran. Yelah, ada juga yang keluarkan wang tersebut tanpa tujuan dan sebenarnya tidak terjejas sepanjang berlakunya pandemik.

Nak tahu? Jom teruskan membaca:

Cara Terbaik Menggunakan Wang Simpanan KWSP

1. Simpan Untuk Kecemasan

Wang KWSP
Sumber: Google

Kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1000.00 untuk perkara kecemasan. Perkara ini cukup membimbangkan apabila melihat bagaimana cara rakyat Malaysia menguruskan kewangan mereka.

Disebabkan itu, bagi mereka yang layak untuk mengeluarkan wang KWSP melalui i-Citra perlu membuat sedikit simpanan untuk perkara kecemasan. Kita tak pasti, bila kecemasan akan berlaku. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

2. Wang KWSP Untuk Mulakan Business Kecil

Wang KWSP
Sumber: Google

Sejak berlakunya pandemik covid-19 yang menyerang negara ini, terlalu ramai rakyat yang terjejas pendapatan harian. Ada yang di berhentikan kerja, ada yang terpaksa dicutikan tanpa gaji, dan yang lebih parah lagi majikan tidak berani nak ambil pekerja baru buat mereka yang pernah di berhentikan. Jadi macam mana nak survive?

Dengan menggunakan wang KWSP dengan cermat dan betul, pasti akan membuahkan hasil kelak.

Sekarang ini, ramai yang sudah menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Ramai juga yang langsung tidak mempunyai pengalaman berniaga sama sekali. Tapi, berkat usaha, semangat, dan kegigihan mereka berjaya menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Berbalik kepada wang simpanan KWSP yang anda keluarkan tersebut, daripada dibazirkan begitu sahaja, lebih baik ia digunakan untuk menjadi modal permulaan bagi business anda. Tak tahu nak buka business apa? Admin syorkan business makanan.

3. Langsaikan ‘Hutang’ Tertunggak

Wang KWSP
Sumber: Google

Admin faham, walaupun kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan Morotorium dengan kelulusan automatik kepada semua yang layak, namun mungkin masih ada hutang-hutang yang masih perlu dilunaskan oleh anda.

Mungkin ada yang terpaksa berhutang untuk membayar sewa rumah/bilik kepada pemilik. Maka, dengan pengeluaran wang KWSP i-Citra ini, secara tak langsung dapat melunaskan segala hutang tertunggak yang dimilik oleh anda.

Bak kata orang, hidup kita akan lebih tenang bila tiada lagi hutang di keliling pinggang.

4. Tampung Kos Sara Hidup

Wang KWSP
Sumber: Google

“Besar periuk, besarlah keraknya”. Pernah dengar tak pepatah ni? Pepatah yang membawa maksud semakin ramai ahli dalam keluarga tersebut, semakin tinggi kos yang perlu dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan.

Kita juga sering kali diingatkan untuk sentiasa berjimat-cermat dalam apa jua keadaan. Apatah lagi dalam keadaan pandemik covid-19 sekarang ni, kena lah lebih berjimat.

i-Citra, wang KWSP yang dikeluarkan itu sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan semasa. Bukan itu je, ia turut dapat menampung kos sara hidup lebih-lebih lagi buat mereka yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik ini.

5. Beli Barang Keperluan Pendidikan

Wang KWSP
Sumber: Google

Seperti yang sedia maklum, waktu pandemik covid-19 ni sekolah ditutup. Anak-anak tidak dapat datang ke sekolah seperti biasa dan hanya perlu belajar di rumah secara maya melalui program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sering kali juga dilaporkan dekat media sosial ramai pelajar yang terutamanya datang dari keluarga yang susah tidak dapat menyertai PdPR tersebut kerana kekangan gajet atau komputer riba.

Maka disebabkan itu, dengan pengeluaran Wang KWSP ini mungkin boleh dijadikan modal untuk membeli telefon bimbit atau komputer baru buat anak-anak anda menyertai PdPR yang berlangsung.

Ini secara tak langsung akan memberikan kemudahan kepada anak-anak untuk terus bersekolah secara maya dan memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar.

Hah! Macam mana? Permohonan i-Citra anda berjaya atau tidak? Kalau berjaya jangan lupa untuk follow 5 tips yang admin dah senaraikan ni. Sama-sama kita menjadi idividu yang bijak dalam menguruskan kewangan demi kesejahteraan bersama.

Nak baca lebih banyak lagi info semasa dan terkini? Jom layari Laichikang sekarang.

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts