5 Cara Terbaik Nikmati Popcorn Caramel Yang Sebenar

cara terbaik nikmati popcorn_9

Bila sebut je pasal snack popcorn ni, mesti dalam fikiran korang snack ni patut di makan semasa menonton movie atau drama. Tapi, korang pernah terfikir tak cara terbaik nikmati popcorn yang sebenar?

Memang tak di nafikan, popcorn adalah satu snack makanan ringan yang sesuai untuk di makan semasa menonton movie, drama, ataupun ketika waktu lapang korang.

Harini, Abe nak kongsikan 5 cara terbaik sebenar untuk korang nikmati snack popcorn yang enak, lazat, dan juga crunchy tu.

Dua jenis popcorn

Tapi sebelum tu, korang tahu tak yang popcorn ni sebenarnya terbahagi kepada dua jenis? Iaitu popcorn jenis mushroom dan jenis butterfly.

Popcorn jenis mushroom ni bentuk dia adalah bulat dan seakan-akan cendawan bila sekali pandang. Rasanya pula rangup dan lebih gebu.

Cara terbaik nikmati popcorn_1
Sumber: Google

Popcorn jenis butterfly pula adalah dalam bentuk yang mengembang tetapi tidak menjadi bulat sebaliknya ia menjadi seakan-akan bentuk rama-rama. Alahhh, kalau korang pergi ke pasar malam mesti jumpa punya.

Haaa, tu serba sedikit lah info pasal popcorn yang mungkin ramai tak tahu. Lepas ni, kalau nak beli popcorn dekat luar sana, boleh la cari yang mana satu pilihan korang ye.

Sebelum ni, mungkin industri makanan ringan popcorn lebih di dominasi oleh syarikat-syarikat besar seperti panggung wayang. Kalau nak pergi tengok wayang, mesti wajib beli popcorn punya lah.

Tapi, bila kita lihat  trend harini, snack popcorn telah mula dijual oleh syarikat-syarikat lain selain daripada panggung wayang sahaja.

Bukan tu je, apa yang lebih menarik lagi adalah, snack popcorn harini dah tak macam dulu-dulu punya tau. Sekarang ni flavour popcorn pun dah bervariasi.

Popcorn yang kita sedia maklum adalah berperisa karamel. Tapi, sekarang ni ada macam-macam jenis perisa popcorn yang ada antaranya ialah karamel, cokelat, cheese, red velvet dan sweet sour.

Disebabkan permintaan yang tinggi untuk flavour selain daripada karamel, makan terhasil lah pelbagai lagi jenis flavour lain dan rasanya juga enak tau.

5 Cara terbaik nikmati popcorn :

#1. Menonton Movie/Netflix

cara terbaik nikmati popcorn_3

Macam yang semua sedia maklum, bukan rakyat Malaysia je, tapi kebanyakkan orang di seluruh dunia ni bila nak pergi menonton movie atau drama mesti perlukan sesuatu untuk di kunyah. 

Kalau korang nak tau, sebelum ni popcorn tak dibenarkan untuk dijual di panggung wayang tau. Ini disebabkan oleh pemilik panggung wayang tu sendiri nak menjaga konsep panggung wayang seperti di tayangan teater.

Maka disebabkan itu, segala jenis makanan walaupun hanya snack popcorn adalah tak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke dalam panggung wayang.

Namun, setelah mereka nampak yang snak popcorn boleh memberi keuntungan berganda, maka peraturan untuk tak membenarkan membawa makanan ke dalam panggung wayang telah dilupuskan.

Tak hairanlah kalau semasa menonton wayang atau Netflix merupakan cara terbaik nikmati popcorn. Kalau korang pergi ke mana-mana panggung wayang mesti akan nampak popcorn punya.

#2 Meluangkan masa bersama

cara terbaik menikmati popcorn_4

Cara terbaik nikmati popcorn yang seterusnya adalah dengan menikmatinya bersama yang tersayang.

Korang boleh nikmati popcorn rangup yang enak tu ketika waktu malam di mana pada waktu itu boleh dikatakan semua ahli keluarga sudah berada di rumah.

Bukan itu je, korang juga boleh nikmati popcorn ketika hujung minggu. Pada waktu ini juga, amat sesuai untuk kumpulkan semua ahli keluarga yang ada dan boleh buat aktiviti menonton movie bersama sambil nikmati popcorn rangup. Krup krap krup krap..

#3 Ketika sedang mencari idea

cara terbaik nikmati popcorn_5

Korang pernah tak ada satu masa tu tiba-tiba saja tak ada idea dan buntu tak tahu macam mana nak dapatkan idea yang diperlukan tu dengan segera.

Rasanya, ramai je pernah mengalami benda ni cuma adakah korang menggunakan teknik yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.

Cara terbaik nikmati popcorn yang seterusnya adalah ketika korang sedang mencari idea.

Popcorn adalah makanan ringan yang memang mudah untuk didapati di mana-mana dan sekarang ni juga dah ada pelbagai perisa yang enak.

Maka, dengan mengunyah dan menikmati popcorn semasa korang kebuntuan idea, ia secara tak langsung akan memberikan idea tambahan yang diperlukan. Tak percaya? Pergi cuba sekarang!

#4. Ketika sedang kebosanan

cara terbaik nikmati popcorn_6

Betul ke setiap kali kita bosan mesti mulut ni rasa macam nak mengunyah sesuatu je?

Menurut portal Spoon University, makan makanan ringan yang terlalu banyak mampu mempengaruhi tahap dopamin seseorang.

Antaranya ialah makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, berlemak dan juga tinggi natrium. Makanan seperti ini menyebabkan tubuh melepaskan endorfin aka hormon yang menjadikan diri lebih “merasa selesa”.

Dalam erti kata lain, cara terbaik nikmati popcorn adalah ketika anda sedang dalam keadaan bosan.

Hal ini kerana, pada waktu itu, tubuh badan korang akan menukarkan lagi rasa keenakkan popcorn yang sebenar berbanding ketika korang nikmati popcorn pada waktu korang tak bosan.

#5. Ketika sedang berpicnic

cara terbaik nikmati popcorn_8

Seronoknya kan bila dapat pergi berpicnic bersama keluarga atau kawan-kawan rapat.

Nak lebih seronok? Korang kena bawa sekali popcorn semasa pergi berpicnic tu tau. Yelah, popcorn ni kan makanan ringan yang mudah di bawa dan korang juga boleh hasilkan sendiri tau. Kan dan jimat.

Jadi, semasa korang pergi berpicnic pun boleh dijadikan salah satu cara terbaik nikmati popcorn tu.

Hah! Ni adalah 5 cara terbaik nikmati popcorn bagi korang yang masih lagi tak sure nak makan popcorn tu waktu bila.

Semoga lepas baca artikel ni, korang pun dah tak perlu risau nak habiskan stok popcorn yang ada dekat rumah tu. Hehehe

Baca: iPhone 12 & 3000 Balang Popcorn Nak Diberi Secara Percuma?? Biar Betul?!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts