Cara Paling Mudah Lengkapkan Minum 3 Liter Air Sehari

minum 3 liter air

Pernah tak korang kira berapa liter air yang korang minum dalam masa sehari? Agak-agak ada tak minum 3 liter air dalam masa 1 hari? Itu merupakan jumlah normal untuk individu dewasa tau.

Kita memang disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air putih dalam masa sehari.

Tapi, macam mana kalau tak sedar berapa liter kita dah minum? Ha, meh admin bantu.

Harini, admin nak share cara paling mudah untuk lengkapkan minum sekurang-kurangnya 3 liter air dalam satu hari. Tak susah pun. Hehe

1. Minum 3 Liter Air Selepas Solat

minum 3 liter air
Google

Solat memang menjadi amalan wajib yang perlu di laksanakan individu muslim pada setiap hari. Disebabkan itu, selepas mendirikan solat juga memang masa yang sesuai untuk minum segelas air dalam kuantiti 500ml.

Tak percaya? Ni admin bagi contih pengiraan;

Selepas sembahyang subuh = 1 gelas air kosong.
Selepas breakfast = 1 gelas air kosong
Selepas zohor = 1 gelas air kosong
Selepas Asar = 1 gelas air kosong
Selepas Maghrib = 1 gelas air kosong
Selepas Isya’ = 1 gelas air kosong

Jadi, jumlah 6 gelas air bersamaan 3 liter air kosong, selesai!

2. Buat ‘Portion’ Pada Botol Mineral

minum 3 liter air
Google

Botol air mineral yang bersaiz besar kebiasaanya berisipadu 1.5 liter. Ini bermakna korang perlu minum sekurang-kurangnya dua botol air minerals bersaiz besar pada setiap hari.

Mungkin sekali pandang nampak macam mustahil kan? Tapi tiada yang mustahil. Hehe

Admin cadangkan untuk korang buat senggatan kuantiti air pada botol minerals tersebut. Dengan ini, pasti jadi lebih mudah dan pastinya korang takkan lupa untuk minum 3 liter air pada setiap hari.

3. Set Alarm Pada Telefon

minum 3 liter air
Google

Zaman sekarang ni, tak dinafikan memang hampir setiap orang dah ada smartphone sendiri. Jadi, yang ini memang dah tak jadi masalah untuk korang.

Tips seterusnya untuk minum 3 liter air pada setiap hari adalah, set alarm pada telefon.

Caranya adalah, korang boleh set alarm pada telefon korang setiap 2 jam dan hanya perlu minum segelas air bersamaan 500ml. Jadi, korang hanya perlu set alarm sebanyak 6 kali sahaja.

Jadi, tak kira walau di mana sekalipun korang berada, tak ada alasan untuk tidak minum 3 liter air sehari lepas ni.

Ha! Mudah je kan tips yang admin share untuk lengkapkan minum 3 liter air sekurang-kurangnya sehari. Hehe.

Nak tahu lebih banyak lagi artikel dan tips menarik? Jom layari Laichikang sekarang!.

Total
15
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts