Cara Menulis Resume Untuk Mudah Dapat Kerja!

Salah satu cara nak dapat kerja adalah dengan memastikan cara menulis resume tu memang power. Kalau resume korang pun macam meh, kemungkinan besar korang tak ada peluang pun untuk dapatkan perhatian orang yang tengok resume korang tu!

Eh.. cara menulis resume ni penting ke? Nak tulis resume pun nak kena ada cara ke???

Ya.. itulah hakikatnya. Nak tulis resume pun kena ada cara yang betul. Bukan main tulis je sesuka hati korang. Kalau korang fresh graduate, korang mungkin agak terkial kial dan tak tahu cara tulis resume dengan betul. Jangan risau, harini kita akan kongsikan apa yang korang perlukan.

First and foremost, tahu apa objektif kerjaya korang! objektif kerjaya adalah salah satu komponen resume yang menerangkan secara ringkas akan kemahiran, pengalaman dan kebolehan yang ada pada korang.

Dan biasanya, objektif kerjaya diletakkan dibahagian atas resume dan dinyatakan dengan ringkas dan padat. Tak guna tau tulis panjang lebar tapi objektif kerjaya tak kena dengan kerja yang korang mintak! Jadi, spend some time to write the best objective for your career.

Bila memohon kerja, pastikan objektif korang sesuai dengan jawatan yang korang mohon. Dapatkan kata kunci yang sesuai sebab itu akna menjadi plus point dan secara tak langsung akan menarik perhatian majikan korang. Tak pasti cara tulis objektif kerjaya? 👇

cara menulis resume
Sumber: Freepik

1. Ringkas dan padat

Hadkan objektif korang kepada dua hingga tiga ayat sahaja

2. Sesuaikan dengan jawatan yang diminta

Pastikan objektif korang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Masukkan kemahiran tertentu untuk menunjukkan yang korang memang layak dan sesuai dengan jawatan yang dipohon!

3. Masukkan kelebihan yang korang ada

Dengan memasukkan kelebihan yang korang ada, korang dapat tunjukkan bagaimana korang jalankan tugas dengan lebih baik daripad orang lain.

4. Masukkan maklumat yang berkaitan

Kalau jawatan yang korang pohon mementingkan pendidikan dan pengalaman, masukkan serba sedikit tentang maklumat yang berkaitan seringkas mungkin di dalam objektif kerjaya tadi.

Okay, next, bagaimana cara menulis resume dengan betul? Terdapat beberapa cara menulis resume yang korang boleh take note;

cara menulis resume
Sumber: Freepik

#1 Tentukan maklumat yang sesuai dengan jawatan yang dimohon

#2 Bayangkan resume korang tu sebagai satu alat pemasaran dan majikan sebagai pembeli jadi resume yang korang bawa tu kena lah mantap!

#3 Berikan maklumat yang jelas, dan jangan masukkan butiran yang tak penting!

#4 Gunakan kata kata yang ringkas dan mudah untuk majikan semak dan faham

Dah buat kesemua di atas? Okay, next!

Kalau majikan korang mintak korang emel kan resume kepada mereka, ini paling penting ya! Jangan sesekali lupa untuk namakan folder korang kepada Resume <nama pemohon> dan save. Jangan sesekali emel kepada majikan Resume_0 (contoh) ya!

Macam mana dengan perkongsian cara menulis resume kali ini? Kalau bermanfaat, jangan lupa komen!

cara menulis resume
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts