Cara Lindungi Diri Tanpa Perlu Ada Insurans

insurans

Insurans adalah sejenis alat kewangan yang dibeli untuk perlindungan diri daripada sebarang risiko. Pembeli insurans boleh menuntut pampasan berbentuk wang apabila terlibat dengan kemalangan mengikut syarat yang ditetapkan syarikat insurans yang dibeli. 

Namun, bukan semua orang mampu untuk mengambil insurans atas sebab kekangan wang. Mereka yang tidak mampu membeli insurans tidak akan mendapat perlindungan apabila ditimpa kemalangan.

Walaubagaimanapun, setiap sistem ada loophole yang boleh kita gunakan untuk kebaikan sendiri.

Korang tahu tak ada cara ingin melindungi diri tanpa perlu beli insurans? 

Baru-baru ini, sebuah perbincangan mengenai insurans naik di Twitter. Seorang pengguna Twitter, @egkfrzzz memaklumkan bagi orang yang tidak ingin membeli insurans, boleh dapatkan rawatan perubatan percuma dengan adanya kad perubatan derma darah di hospital kerajaan.

Bagi penderma darah tegar, korang boleh menuntut pelbagai keistimewaan daripada pihak hospital kerajaan. Hanya bawa kad perubatan ketika ingin mendapatkan rawatan, dan korang akan dapat menuntut pelbagai faedah dan rawatan percuma tanpa memerlukan insurans. 

Pertama sekali, untuk mendapatkan keistimewaan ini, penderma darah perlu menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan. 

Seterusnya, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan kekerapan pendermaan darah.

insurans
sumber: pdn

Penderma yang menderma sekali akan mendapat rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

Dua kali menderma dalam tempoh 12 bulan akan mendapat suntikan pencegahan Hepatitis B secara percuma.

insurans
Suntikan Hepatitis B percuma bagi penderma darah 2 kali

Manakala dua hingga lima kali menderma, mendapat rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan, dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

Penderma yang menderma sebanyak enam hingga 10 kali diberi keistimewaan rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

Keistimewaan bagi penderma yang menderma 11 hingga 15 kali adalah rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun secara percuma.

Rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan, dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun secara percuma pula akan diberikan kepada penderma yang telah menderma 16 hingga 20 kali.

Selanjutnya, rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan, dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun diberikan kepada penderma yang menderma sebanyak 21 hingga 30 kali.

insurans

Bagi penderma yang telah menderma 31 hingga 40 kali pula, mereka diberikan rawatan percuma pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

Penderma yang menderma darah sebanyak 41 hingga 50 kali dibenarkan menjalani rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun secara percuma.

Dan akhir sekali, penderma darah yang menderma lebih 50 kali (penderma “Whole Blood”) dan lebih 150 kali (penderma aferesis) dapat menuntut rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu secara percuma. 

Keistimewaan yang dinyatakan ini ditawarkan kepada para penderma darah secara percuma dengan mengikuti syarat yang ditetapkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) dan telah berkuatkuasa sejak 20 Julai 2005.

Tak perlu risau dengan yuran rawatan dan perubatan jika korang rajin menderma darah. Bukan sahaja dapat jimatkan duit daripada membeli insurans, korang juga dapat menyumbang darah kepada mereka yang memerlukan. Malah, dapat selamatkan nyawa lagi. 

Bagi yang boleh menderma darah, jom kita derma darah di pusat Tabung Darah terdekat.


Nak baca artikel menarik? Jangan lupa ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts