Cara Cuci Sinki Tersumbat Dengan Hanya 3 Bahan Di Dapur

cara cuci sinki tersumbat

Setiap orang pasti pernah berdepan dengan masalah sinki tersumbat terutamanya mereka yang selalu masak dan makan di rumah. Ini kerana setiap hari, pasti ada sahaja pinggan mangkuk dan periuk belanga yang perlu dibasuh. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara cuci sinki tersumbat dengan hanya menggunakan tiga bahan di dapur.

Cara cuci sinki tersumbat yang anda wajib cuba

cara cuci sinki tersumbat
Sumber: Dengarden

Kadang-kadang, ada yang bertindak membuang sisa makanan dan lebihan minyak masak ke dalam sinki. Sebenarnya, inilah antara punca utama kenapa sinki boleh jadi tersumbat.

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang sering menghadapi masalah sinki tersumbat, penting sebenarnya untuk lakukan operasi pembersihan sekurang-kurangnya tiga kali setahun supaya masalah itu tidak menjadi semakin teruk dan berulang pada masa akan datang.

Dengan hanya bermodalkan kurang dari RM10, berikut kami kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk bersihkan sinki tersumbat:

cara cuci sinki tersumbat

Bahan-bahan:

  • Cuka
  • Soda bikarbonat
  • Air panas mendidih

Cara-cara:

1. Pertama sekali, anda perlu tabur soda bikarbonat ke dalam lubang sinki dengan jumlah yang banyak

2. Biarkan seketika sekitar 10-15 minit

3. Kemudian, curahkan cuka ke dalam lubang sinki dan anda perlu berhati-hati kerana ia akan mengeluarkan asap akibat daripada tindak balas soda bikarbonat dengan cuka

4. Biarkan selama 10 minit

5. Akhir sekali, curahkan air panas yang mendidih ke dalam lubang sinki

Hasilnya, anda akan dapat lihat air mengalir dengan lancar sekali dan sinki tidak lagi tersumbat.

Semoga perkongsian tentang cara cuci sinki tersumbat ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

[LIHAT JUGA] Ketahui Perbezaan Warna Pada Penutup Botol Air

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts