Cantik tapi pengotor

Bila dah duduk ramai-ramai dalah satu rumah sewa, yang paling penting adalah semua orang memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan rumah.

Bila rumah bersih, orang kat dalamnya pun selesa lah. Tapi, bayangkan kita dah maintain kemas, jaga kebersihan rumah, tapi ada seorang housemate ni pemalas dan pengotor… Dah kita pula yang kena menanggung.

Nak tegur takut kecil hati, tak tegur melebih-lebih pula. Pernah tak korang alami pengalaman ni?

Baru-baru ni, tular di laman sosial Twitter apabila seorang gadis memuatnaik gambar rumah sewanya yang bersepah.

Gadis tersebut mengadu penat selepas terpaksa mengemas semula rumahnya setiap hari. Yang paling tak best, dia kena kemas keseorangan. Amboi, special betul housemate dia tu eh!

Gadis itu juga ada memesan kepada wanita-wanita di luar sana. Ini pesanannya:

Susulan dengan tweet yang viral itu, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mempunyai housemate yang pengotor.

Siapa jelah yang tahan dengan housemate macam ni kan? Mengemas rumah ni adalah antara knowledge yang basic dan common sense.

Jadi, kalau nak duduk beramai-ramai tu, please jaga kebersihan guys. Ini penting sebab melibatkan orang lain.

Sama-sama kita jaga okay?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts