“Bukan mahal, RM7.00 je” – Ustaz Dedah Pekerja ‘Bangla’ Jadi Mangsa Buli

Dah selalu kita dengar pekerja warga asing ni sering dibuli dengan rakyat tempatan hanya kerana status mereka yang bukan warganegara.

Baru-baru ni, seorang individu yang dikenali sebagai ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai pengalaman beliau berada dalam situasi pekerja asing iaitu Bangla yang dibuli oleh rakyat tempatan.

HUDUHNYA PERANGAI! BULI, NAK FREE DAN SURUH BANGLA SUJUD! Manusia jahil dan jahat berbagai ragam. Ahad lepas 3 Januari…

Posted by Abdullah Bukhari Abdul Rahim on Wednesday, January 6, 2021

Huduh Perangai! Buli, Nak Free Suruh Bangla Sujud!

Melalui perkongsian itu, Ustaz Bukhari sedang berada di carwash milik bekas anak muridnya dan kejadian yang berlaku itu memang berlaku di hadapannya sendiri.

Menurut beliau ada seorang pemuda dalam umur lingkungan awal 30an bersama 3 orang anak yang masih lagi kecil sedang berada juga di carwash berkenaan dan sedang menunggu keretanya dari siap dicuci.

Entah macam mana, pemuda itu yang kelihatan agak baran memarahi pekerja warga asing, bangla yang sedang mencuci kereta miliknya.

“Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!

Menurutnya lagi, pemuda itu berasa tak berpuas hati kerana dia menganggap bangla tersebut memandai-mandai membuat keputusan untuk membasuh keseluruhan kereta miliknya.

Dia tanpa segan silu terus menerus memaki hamun pekerja tersebut kerana tak berpuas hati dan tiada rasa hormat pada individu lain.

Namun pekerja disitu tetap tenang dan cuba menjelaskan dengan baik mengenai kesalahfahaman yang berlaku. Katanya, pekerja itu sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada indvidu berkenaan, namun mungkin dia yang tidak perasan.

Masih tidak berpuas hati lagi, lelaki berkenaan berkeras tidak mahu membayar servis yang diberikan dan terus memarah pekerja yang ada disitu.

“Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh kau besar kepala ye mentang2 ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!”

Namun, untuk mengelakkan sebarang lagi perkara buruk berlaku, Ustaz Bukhari pun mula beredar dari tempat berkenaan sejurus kereta miliknya selesai di cuci.

Beberapa hari kemudian, Ustaz Bukhari singgah lagi ke carwash milik bekas anak muridnya itu dan memberi cadangan baharu bagi mengelakkan daripada pekerja asing itu terus dibuli oleh orang lain.

Sumber: Facebook

Ustaz telah memberikan borang yang perlu di isi bagi mengelakkan kesalahfahaman di antara pelanggan dan juga pekerja.

Tambahnya lagi, pemuda yang membuat kecoh itu mula pergi dari carwash tersebut selepas pemilik carwash ini memanggil polis untuk memintanya beredar.

Dia juga tidak membayar harga cucian kereta yang cuma RM7.00 itu dan terus berlalu pergi begitu sahaja.

Haishhhh, macam-macam kan perangai orang ni. Kita kena lah amalkan sikap bertolak ansur kan?

BACA: “Tak ada sivik ke?” – Tindakan seorang wanita buang sampah daripada kereta undang kecaman

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts