Budak Viral Jumpa Ular Sawa Menambat Hati Semua

Siapa je tak terkejut bila dengar berita tentang ular sawa dalam longkang? Mesti masing-masing bingkas bangun nak ke tempat kejadian. Cerita hangat ni!

Tak terkecuali seorang kanak-kanak lelaki yang petah membuat liputan penemuan reptilia itu di sebuah pasar awam.

Semangat betul adik ni nak pastikan netizen mengikuti perkembangan tentang penemuan ular sawa tu.

Sejak semalam, satu video yang berdurasi 2 minit 47 saat berjaya menambat hati para netizen. Video tu memaparkan celoteh adik Muhammad Haziq yang semangat melaporkan penemuan ular sawa di sebuah pasar awam yang terletak di daerah Bukit Selambau.

Video tu disiarkan live melalui Facebooknya dan berjaya meraih sehingga 3 juta tontonan. Dahsyatnya! 

Katanya, reptilia tersebut ditemui apabila penduduk memeriksa longkang yang pada mulanya disangka tersumbat disebabkan sampah.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) segera dihubungi pada pukul 6.27 petang berikutan dengan penemuan tersebut. Manakala adik Haziq tidak lepas peluang membuat liputan di tempat kejadian. Semangat betul dia!

ular sawa
Sumber: kosmo

Ular sawa tersebut berjaya ditangkap tanpa sebarang halangan dan tentangan. Ianya dipercayai tidak berdaya untuk melawan akibat kekeyangan.

Ular sawa yang ditangkap itu dipercayai telah dilepaskan semula ke habitat asalnya. 

“Yang amat-amat besar, dan amat-amat dahsyat sekali!”

Keterujaannya dalam menyampaikan berita mengenai kejadian itu menjadikannya istimewa pada pandangan para netizen. Rata-rata netizen memuji kepetahan kanak-kanak tersebut dalam berbicara. Mereka kagum dengan penggunaan bahasanya dan cara dia mengolah kejadian itu. 

“Adui letih,” kata adik Haziq semasa sedang membuat liputan.

ular sawa

Adik Haziq tak henti-henti mengulas berita ular sawa tersebut sampai termengah-mengah jadinya. Bertenang dik, tarik nafas dalam-dalam dan jangan lupa gunakan tanda noktah.

Terhibur betul lihat gelagat adik Haziq ni!

Nak baca posting lebih menarik? Jangan lupa ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts