BTS Punya Penangan, Korea Selatan Pinda Undang-Undang Benarkan Penangguhan Khidmat Tentera

kpop

Disebabkan BTS punya penangan ni impak dia menyeluruh ke seluruh dunia, Parlimen Korea Selatan telah meluluskan undang undang untuk membolehkan artis terkenal K-Pop untuk menangguhkan perkhidmatan wajib tentera apabila mereka berusia 30 tahun kelak.

Seperti yang kita tahu, semua lelaki Korea Selatan (yang berkemampuan) berusia antara 18 hingga 28 tahun wajib berkhidmat dalam tentera selama kira kira 2 tahun sebagai sebahagian daripada usaha negara itu demi melindungi negara tersebut dari Korea Utara.

Salah satu ahli BTS iaitu Kim Seok-Jin yang merupakan ahli tertua dan bakal berumur 28 tahun pada Jumaat ini iaitu pada 4 Disember 2020 tetapi kerajaan Korea Selatan beri beliau ‘early birthday present‘ iaitu menangguhkan perkhidmatan tentera beliau!

Pindaan Akta Perkhidmatan Ketenteraan itu dilonggarkan atas sebab K-Pop telah pun meningkatkan status budaya negara dan secara tidak langsung, telah meningkatkan ekonomi negara juga.

Baca: BTS Awarded Order of Cultural Merit by South Korean Government

Setakat ini, tiada bintang K-Pop yang sudah menerima pengecualian, adakah ini akan menjadi the new culture? Kiranya bintang K-Pop BTS merupakan ahli K-Pop yang pertama yang menerima pengecualian ini! FUH!

Sejak bintang K-Pop ini dilancarkan pada tahun 2013, BTS telah berjaya mendorong kegilaan K-Pop global dengan muzik yang menarik dan optimis, well can’t deny that. Memang tak boleh dinafikan lirik yang digunakan pun memang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang muda! Memang jadi kegilaan orang muda zaman kini.

Baru baru ini, BTS melancarkan single hit pertama “Dynamite” dan berjaya sehingga menjadi Top Hit di Chart Billboard A.S. Wow! Bukan itu sahaja, malah dapat pencalonan Grammy yang belum pernah mana mana band K-Pop dapat selama ini.

Namun, kelonggaran perkhidmatan ketenteraan ini menajdi satu isu hangat dan kontroversi di Korea Selatan. Satu tinjauan pendapat yang dikeluarkan bulan lalu oleh media tempatan E-Today menunjukkan sekitar 53% respoden menyokong perlakuan khas ini, sementara lagi 47% menentangnya.

Apa pun, selamat hari jadi dua hari awal kepada Kim Seok-Jin!

Lawati laichikang.com untuk hiburan yang lebih sensasi.

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts