“Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin,” Lelaki Berbaju Kelawar Di PPV Ini Curi Perhatian Warganet

Setiap hari, kita boleh melihat macam-macam ragam orang yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Ada yang datang bersahaja dan tidak kurang juga ada yang berpakaian cukup rare sehingga menarik perhatian orang ramai.

Terbaharu, sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok iaitu @rizwan.99_ menjadi tular apabila seorang lelaki dilihat mengenakan baju kelawar bersama dengan tuala sebagai turban. Malah, lelaki berkenaan juga turut membawa peralatan mandi di dalam baldi.

Bukan itu sahaja, terdapat nota yang ditampal pada belakang lelaki dalam video berkenaan yang mengatakan dia tidak sempat bersiap kerana isterinya menyuruh dia pergi mengambil suntikan vaksin.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan menyeru lelaki yang dilihatnya itu untuk memunculkan diri.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata warganet terhibur dengan pakaian yang dikenakan lelaki berkenaan. Malah, ada yang berpendapat bahawa PPV sudah persis tempat ‘showcase cosplay’.

Apa-apa pun, tahniah kepada semua yang telah menyahut seruan kerajaan dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Sama-sama kita perangi wabak ini.

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts