Brilliant Skincare ada merkuri? Biar betul?!

brilliant skincare

Betul ke Brilliant skincare mengandungi merkuri?

Baru baru ni, Brilliant skincare viral dengan jayanya di laman media sosial sebab Brilliant Skincare ni mengandungi merkuri. Dulu dah pernah viral, tapi kalini penjual produk itu menyatakan bahawa Brilliant Skincare kini selamat untuk digunakan kerana sudah mendapatkan lulusan KKM, kononnya itulah bukti yang produk itu kini bebas daripada merkuri.

Namun, banyak juga yang berkata bahawa produk itu masih tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi bahan yang terlarang iaitu merkuri. Jadi, mana satu yang betul sebenarnya? Selamat untuk digunakan, atau tidak? Ada merkuri atau tak ada sebenarnya?

Bukan sahaja viral di Twitter dan Instagram, malah isu berkenan Brilliant Skincare ini juga viral di TikTok di mana ‘penjual’ dan agent Brilliant Skincare melakukan video menunjukkan cara penggunaan skincare itu serta menunjukkan kesan setelah menggunakan Brilliant Skincare pada tontonan umum. Mereka juga ‘provoke’ netizen dengan menanyakan balik soalan seperti ‘kalau produk ni ada merkuri, macam mana kulit kami boleh licin macam telur?’ ‘Kalau Skincare Brilliant ni mengandungi merkuri, kenapa kulit kami flawless?’

Ramai netizen yang ‘sekolahkan’ penjual dan agent produk ini, namun ada sahaja balasan dan komen dari mereka. Ada yang menyatakan bahawa Brilliant skincare tidak selamat untuk digunakan dan minta bukti tentang kebaikan produk berkenaan.

Isu ini telah pun mendapat perhatian dari pihak KKM dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka.

kkm

Sumber: Google

Di dalam kenyataan tersebut, terdapat beberapa racun atau merkuri yang terkandung di dalam Brilliant Skincare iaitu Micanazole, Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate, Hydroquinone dan Tretinoin. 

Ramai penjual produk ini menyatakan bahawa produk ini sangat berkesan dan bagi sesiapa yang menggunakan produk ini, akan melalui fasa ‘healing process’ di mana kulit akan menggelupas kononnya ‘nak salin kulit baru’. 

Ada beberapa pengguna yang telah tertipu dengan produk ini dan menyatakan kesesalan mereka kerana terpengaruh dengan Brilliant Skincare. 

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Brilliant Skincare telah pun dibuktikan oleh KKM sendiri bahawa ia bukan lah produk kecantikan yang selamat digunakan. Bagi yang telah terjebak dengan produk ini, masih belum terlambat untuk anda berhenti menggunakannya!

Nak tahu 5 Menu Sedap Ketika Diet Yang Boleh Anda Amalkan? Jom baca https://www.laichikang.com/menu-sedap-ketika-diet/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts