Bersedekah Itu Kan Amalan Mulia?

bersedekah-itu-kan-amalan-mulia
Sumber: Pertubuhan Imaan Malaysia

Panas betul hari Rabu ni kan?

“Ye! Saya dah cuba minum air sejuk, makan aiskrim, duduk depan kipas, tapi masih tetap panas! Hmm… Dah tak tahu nak buat apa…” – @laichikangfan1306

Eh jangan give up terus! Sis ada idea~

Hah…. Apa kata kita bersedekah!

“Hah? Apa kena mengena?” -@laichikangfan1306

Lah, tadi kata panas. Kalau kita bersedekah, kan sejuk hati kita nanti! Hahaha…

All jokes aside, sis serious ni! Bagi korang yang ada rezeki lebih dan ada niat nak hulurkan bantuan, inilah masanya!

Pertubuhan Imaan Malaysia tengah mengutip derma dan sumbangan bagi bantuan makanan kepada penduduk kampung di Terengganu.

Korang boleh sedekah atas nama sendiri, nama ibu atau ayah, adik beradik, atau sesiapa saja lah! Yang penting korang ikhlas.

Kalau korang rasa nak hulurkan sumbangan, korang boleh tekan link ‘Pertubuhan Imaan Malaysia. Korang boleh jugak tengok video dan gambar (sumbangan diagihkan) oleh pihak mereka.

Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan. Bak kata semua orang, harini kita tolong orang, hari lain nanti orang pulak tolong kita. In Shaa Allah.

Hmm… kalau masih lagi panas, rasanya korang ni dah boleh pergi mandi kot…

Minat baca artikel seperti ni? Hah, jom baca artikel-artikel yang lain di Laichikang. Confirm syiok! Hahahah…..

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts