Berita Remaja Mati Kerana Dos Penggalak Adalah Palsu

Kes harian COVID-19 semakin meningkat terutamanya selepas kemunculan varian Omicron. Walaupun varian ini kurang berbahaya memandangkan majoriti rakyat Malaysia telah melengkapkan dos vaksin mereka, kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggalakkan semua untuk mengambil dos penggalak sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun, ramai yang khuatir dengan keberkesanan dos penggalak kerana ramai yang telah dilaporkan jatuh sakit selepas mengambilnya.

Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan berita palsu demi agenda tersendiri. Baru-baru ini, tular satu berita di aplikasi Whatsapp mengenai kematian seorang remaja selepas mengambil dos penggalak.

Pengarah JKNS, Dr Rose Nani Mudin

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan tersebut sebagai palsu .

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin menegaskan bahawa pihaknya telah menghubungi Hospital Tuaran dan siasatan terperinci telah dilakukan membabitkan berita palsu tersebut.

Siasatan mendapati pesakit yang dikatakan meninggal kerana dos penggalak itu tidak pernah mengambil suntikan ke-3.

Ibu pesakit dan Hospital Tuaran mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos penggalak

Pesakit dilaporkan meninggal dunia pada 12 Februari lalu. Punca kematian disebabkan oleh jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat, bukannya disebabkan oleh dos penggalak.

“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga dan mereka menerima dengan baik penerangan mengenai punca kematian. Siasatan juga mendapati pesakit menerima dos pertama vaksin pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021,” katanya.

Menurut beliau, ibu pesakit telah membuat laporan polis menafikan berita palsu yang disebarkan itu. 

Hospital Tuaran juga membuat laporan polis untuk menangkap individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan identiti pesakit untuk menyebarkan berita palsu. 

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita yang tidak pasti akan kesahihannya. 

Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk lebih berita terkini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts