Berang Permintaan Untuk Dapat Sijil Vaksinasi Tanpa Disuntik Ditolak, Anti-Vaksin Ini Serang Jururawat

Dua orang petugas barisan hadapan mengalami kecederaan selepas diserang oleh seorang lelaki yang terpengaruh dengan sentimen anti-vaksin.

Kejadian ini berlaku di pusat membeli-belah yang bertempat di Gera, Thuringia, Jerman. Lelaki tersebut dilaporkan menyerang seorang jururawat dan pembantu selepas permintaannya untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menyuntik vaksin Covid-19 ditolak.

Kedua-dua mangsa yang cedera telah dirawat di hospital tetapi sudah dibenarkan untuk keluar. Difahamkan, serangan itu turut menyebabkan program vaksinasi itu terpaksa dihentikan selama satu hari. Suspek yang tidak disebutkan namanya sesuai dengan undang-undang privasi Jerman segera dikesan oleh pihak berkuasa dan telah berjaya ditahan.

Memetik laporan media antarabangsa, keganasan yang berlaku itu dikecam oleh ahli politik dan persatuan perubatan Jerman, Kassenärztlichen Vereinigung (Persatuan Doktor Insurans Kesihatan Berkanun).

Pada masa yang sama, Menteri Kesihatan Thuringia, Heike Werner mengkritik tindakan tersebut dan menyatakan bahawa kejadian itu sama sekali tidak boleh diterima. Annete Rommel selaku ketua persatuan perubatan pula mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa orang yang sangat komited untuk melawan pandemik Covid-19 diserang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Nicholas Potter, seorang penyelidik dari kumpulan anti-perkauman Jerman Yayasan Amadeu Antonio mengatakan bahawa serangan itu merupakan serangan terbaru dalam senarai panjang serangan lain dari kumpulan anti-vaksin. Ini termasuk serangan vandalisme dan serangan bahan letupan buatan sendiri yang berlaku di hadapan institusi penyelidikam Berlin pada bulan Oktober lalu.

“Retorik yang didorong oleh konspirasi, anti-Semit dan anti-demokratik yang disebut gerakan ‘Querdenken’ (pemikir lateral) semakin mendorong kepada tindakan ganas,” kata Potter kepada VICE World News.

“Sudah terlalu lama, pihak berkuasa telah meremehkan ancaman yang ditimbulkan oleh anti-vaksin dan ideologi konspirasi,” katanya lagi.

“Ini bukan sekadar hippie anti-otoriter yang melakukan demonstrasi menentang Big Pharma, ini adalah penentang tindakan kesihatan yang semakin radikal terhadap kekerasan untuk mencapai tujuan politik mereka.”

[LIHAT JUGA] Wanita Dedah Berjaya Masuk Ke Dalam Premis Perniagaan Walu Belum Terima 2 Dos Vaksin

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts