Beberapa Hari Hilang, Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang

Misteri kehilangan seorang pemuda di kawasan Perumahan Bukit Tebuk akhirnya terungkai setelah dia ditemui mati berhampiran sungai Kampung Tanjung Pagar, semalam.

Mayat Mohd Shafeqal Mohd Fadli, 31, yang tinggal di kawasan Perumahan Bukit Tebuk ditemukan adiknya kira-kira jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada 26 Mac, kira-kira jam 12 tengahari sebelum didapati hilang dan tidak dapat dihubungi.

Adik mangsa yang berusia 25 tahun bertindak mencari mangsa apabila mangsa tidak pulang sepanjang hari itu.

Hasil pencarian menemukan motor mangsa di berhampiran sungai terbabit namun gagal menjumpai mangsa. 

Selepas dua hari pencarian, mayat mangsa ditemui di tepi sungai itu dalam keadaan terbaring. 

Siasatan polis melaporkan bahawa mangsa dipercayai mati lemas ketika mandi di sungai tersebut.

“Mungkin pada hari pertama pencarian, ahli keluarganya gagal menemui mangsa disebabkan air sungai ketika itu pasang besar.

“Polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan siasatan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah,” kata Baharudin Abdullah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.


Ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk berita terkini.

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts