Banjir Kilat Melanda Kuala Lumpur Sekali Lagi

Hujan yang turun selama dua jam pada jam 4 petang semalam telah menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya kawasan Lembah Klang. Hujan lebat tersebut membuatkan sistem perparitan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang naik mendadak. 

Banjir kilat itu dilaporkan telah menenggelamkan beribu buah kereta yang diparkir di sekitar kawasan yang terjejas sehingga kedalaman 0.6m.

Lebuh raya juga mengalami kesesatan lalu lintas akibat air yang semakin naik. Banyak kereta tidak dapat melepasi Tol KESAS. 

Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Kia Peng, Jalan Kuchai Lama, Lebuh Ampang, dan sebahagian lebuh raya KESAS.

sumber: astroawani

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata,  jumlah bacaan hujan lebat semalam sama dengan purata hujan untuk dua minggu. 

Menurutnya, purata hujan bagi tempoh sebulan adalah 200 milimeter, namun jumlah itu melebihi 100 mm dalam masa dua jam hujan lebat petang semalam.

Bacaan hujan tertinggi direkodkan sebanyak 106.5 milimeter (mm) di Stesen Taman Desa SMART, Kuala Lumpur dan bacaan sebanyak 155 mm di Stesen Air Panas Kuala Lumpur dalam tempoh dua jam. 

“Ini mengakibatkan banjir kilat dan air bertakung di jalan-jalan utama Bandaraya Kuala Lumpur terutama di Jalan Batu Bata, Jalan periuk Kampung Pasir Baru dan Kolej Telekom,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan SMART, malam tadi.

Beliau mendakwa kejadian banjir kilat semalam berpunca adalah kesan daripada perubahan iklim yang mana kebiasaan Mac adalah musim kemarau, akan tetapi turn hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu.

Susulan banjir kilat itu, 103 buah rumah di sekitar kawasan Kampung Periuk dan Kampung Pasir Baru terjejas.

Beliau turut menasihati penduduk di kawasan rendah agar berhati-hati dan sentiasa bersedia ketika hujan lebat. 


Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk berita terkini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts