Bagi Anak Guna Telefon Untuk PdPR, Wanita Ini Terkejut RM2,600 Dalam Akaun Lesap

Penularan wabak Covid-19 yang masih belum menemui titik noktah sekali gus menyebabkan para pelajar di negara kita terpaksa mengikuti Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) berikutan penutupan sekolah dan universiti.

Antara kekangan yang berlaku termasuklah daripada segi jaringan internet dan gajet. Ada yang terpaksa berkongsi gajet bersama adik-beradik yang lain dan ada juga yang terpaksa belajar di atas pokok untuk mendapatkan jaringan internet.

Pada masa yang sama, ada segelintir ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mereka kerana terpaksa mendedahkan anak-anak dengan gajet serta jaringan internet pada usia mereka yang masih muda.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norliyana berkongsi apa yang berlaku apabila meminjamkan telefon pintarnya kepada si anak untuk sesi PdPR. Menerusi hantaran itu, Norliyana mengatakan bahawa dia terkejut apabila mendapati baki wang dalam akaunnya tinggal RM2 sahaja.

Difahamkan, sepanjang PdPR berlangsung, anaknya telah membeli permainan berjumlah RM2,600 di GooglePlay tanpa pengetahuannya. Dalam hantaran yang sama, Norliyana turut mempersoalkan bagaimana transaksi itu berjaya sedangkan dia tidak menerima sebarang nombor TAC.

Norliyana mengingatkan ibu bapa lain untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap dirinya. Untuk elakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku, pastikan anda sentiasa memantau kegiatan anak-anak sepanjang sesi PdPR.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts