Baby boy Siti Nurhaliza dan Dato K merupakan kembar kepada Aafiyah

Bulan lepas, hampir kesemua rakyat Malaysia tumpang gembira kepada Tokti (Siti Nurhaliza) apabila beliau mengumumkan bahawa beliau mengandung anak keduanya.

Baca: TAHNIAH! Dato Seri Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Ke-2

Tetapi, ada yang lagi mengejutkan dengan keyataan Tokti mengatakan sebenarnya kandungan beliau sekarang merupakan kembar kepada Aafiyah! Macam mana tu?

Sumber: Twitter

Baru baru ini, pelawak Nabil Ahmad sempat menanyakan tips kepada Tokti cara mendapat baby boy. Namun, jawapan yang diberikan oleh Tokti amat tidak disangkakan.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah”

“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu. Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,”

Kenyataan Tokti ini mengundang banyak soalan daripada netizen, mengatakan adakah itu mustahil? Ya, mestilah! Seperti yang kita tahu,Tokti menjalankan proses IVF untuk mendapatkan zuriat. Mengikut kes Tokti dan Dato K, ketika proses IVF itu dijalankan, dua telur telah pun disenyawakan. Mengikut rekomendasi yang diberikan oleh doktor Tokti sendiri, beliau mengatakan seeloknya untuk Tokti menunggu 3 tahun lagi untuk ditanam semula ke dalam rahim.

Jadi, kiranya Aafiyah dan baby boy yang bakal dilahirkan adalah kembar, tetapi jarak sehingga 3 tahun lebih! Menarik!

Semoga Tokti dipermudahkan segala urusan dan mesti ramai tak sabar kan nak tengok kembar Aafiyah! 😍

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts