‘Army’ Di Afghanistan Dedah Terpaksa Sorok Atau Bakar Album BTS

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan puluhan ribu warga Afghanistan dilihat terburu-buru meninggalkan kawasan kediaman mereka sejak Taliban mula menakluk bebarapa wilayah di sana.

Menurut laporan JTBC, sebuah stesen media di Korea Selatan telah menemu bual seorang remaja perempuan di Afghanistan bagi mengetahui tentang situasi di sana dan juga beberapa penduduk di Kabul.

Menerusi wawancara itu, remaja perempuan berkenaan mengatakan hidup mereka diselubungi rasa bimbang dan takut semuanya angkara Taliban.

Tambah remaja perempuan itu lagi, sejak Taliban mula berkuasa, tiada lagi alunan muzik yang biasa didengar di jalan raya. Sebaliknya, mereka kini hanya mendengar muzik pelik Taliban sepanjang hari. Hal ini demikian kerana Taliban sama sekali tidak membenarkan warga Afghanistan untuk mendengar muzik arus perdana.

Situasi itu sekali gus memaksa mereka terutama sekali peminat BTS atau lebih dikenali sebagai Army menyembunyikan atau bakar gambar serta album kumpulan itu kerana takut akan Taliban.

Pada masa yang sama, remaja berkenaan turut merayu agar komuniti antarabangsa tidak akan meninggalkan Afghanistan dan tampil melakukan sesuatu daripada hanya memerhatikan keadaan semata-mata.

Untuk rekod, selepas kejayaan penaklukan Kabul dan beberapa wilayah lain, Taliban telah mengisytiharkan berakhirnya perang di Afghanistan. Taliban juga turut memberi jaminan bahawa tidak akan ada mana-mana agensi diplomatik yang menjadi sasaran serta berjanji untuk memberi keselamatan terhadap semua warganegara Afghanistan.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts