Apps/Website Percuma Untuk Baca E-Book Secara Percuma

Kepada ulat buku di luar sana, harini ingin kami kongsikan sebuah perkongsian akan apps/website percuma untuk korang layan e-book secara percuma!

Perkongsian kali ini adalah daripada @oklahmai melalui media sosialnya di Twitter.

Aku sarankan B40 belajar baca buku guna ebook. Kita tak banyak pilihan. Harga sebuah buku sama dengan harga makanan untuk seminggu. Kalau tak pinjam buku di perpustakaan; ini yang boleh kita usahakan 🙌🏼 – @oklahmai

  1. PNM E-Reader

Ada banyak pilihan yang menarik untuk dibaca melalui PNM E-Reader. Dalam satu masa, boleh pinjam sebanyak 5 buku.

2. Books (Khas untuk pengguna iPhone sahaja)

Ada dua cara kalau nak gunakan aplikasi ini. Pertama, transfer buku dalam format PDF file ke dalam aplikasi ini atau cara keduanya ialah, cari buku percuma di BookStore. Cumanya, semua buku di dalam BookStore ini adalah dalam bahasa Inggeris.

3. E-Sentral

Walaupun ada yang percuma, ada juga beberapa buku yang harus dibayar. Kalau nak buku percuma, klik sahaja di category ‘percuma’.

4. Open Library

Open Library juga adalah antara satu website untuk korang layan e-book secara percuma!

Website: Open Library

5. IPUSNAS

Kalau korang nak cari buku dari Indonesia, boleh lah jenguk IPUSNAS.

6. BookCapital

Yang terakhir, bookcapital. Di sini, ada banyak juga pilihan buku dalam bahasa Malaysia.

Tak boleh dinafikan, buku sekarang boleh tahan mahal! Jadi, apa kata kita tukar alternatif membaca kepada menggunakan Aplikasi atau Website yang menyediakan e-book secara percuma.

Lagipun, e-book memang lebih mudah untuk dibawa kemana mana!

Baca juga: Wartawan di Wuhan dipenjara 4 tahun kerana membuat laporan COVID-19

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts