Aplikasi Muslim Pro Jual Data Kepada Tentera US? Ini Alternatif Lain Anda Boleh Cuba

Source: 5Pillars UK

Media sosial digemparkan dengan satu laporan daripada media antarabangsa, Vice, yang melaporkan bahawa aplikasi popular Muslim Pro giat menjual 98 juta data pergerakkan penggunanya kepada militari Amerika.

Menurut sumber, salah satu pembeli data tersebut, Komando Operasi Khas AS yang berkait rapat dengan isu seperti anti-keganasan, anti-pemberontakan dan pelbagai lagi, membeli data itu bagi tujuan untuk menentang keganasan.

Difahamkan, pihak tentera AS telah menggunakan khidmat dua penstriman berbeza, Locate X Street dan X-Mode untuk menjejaki kedudukan data.

Aplikasi ini sangat sinonim dengan pengguna beragama Islam di mana ia membolehkan pengguna mendapatkan peringatan waktu solat, arah kiblat dan beberapa kemudahan yang lain.

Namun, sehingga kini pihak Muslim Pro, Locate X dan X Mode masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penjualan data pengguna kepada militari US. Berita ini amat merisaukan kerana pembelian data itu kebanyakannya digunakan menjejak data lokasi pengguna penganut Islam.

Rata-rata netizen di media sosial menggesa orang ramai untuk nyahpasang aplikasi yang kini sedang trending di Twitter.

Jika anda telah nyahpasang Muslim Pro gara-gara khabar berita ini, berikut adalah alternatif lain bagi aplikasi waktu solat, kiblat, doa harian dan bermacam-macam lagi:

#1 Waktu Solat Malaysia

Sumber: Play Store

Waktu Solat Malaysia ialah aplikasi waktu solat dengan data solat yang di ambil dari laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM).

Selain memaparkan waktu solat, aplikasi ini juga mengandungi ciri seperti tasbih digital, panduan Ramadhan, doa-doa harian, dan bermacam lagi.

#2 Muslim Globe

Muslim Globe adalah satu aplikasi yang digemari pengguna ramai. Aplikasi mesra IOS dan Android ini amat berguna untuk mereka yang mencari pelbagai ciri dalam satu aplikasi. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan peringatan waktu solat, lokasi mencari masjid, pencarian kiblat dan bermacam-macam lagi.

#3 Iman Pro

Sumber: Twitter

Aplikasi minimalis ini mempunyai pelbagai ciri. Apa yang menarik mengenai apps ini,ia boleh juga dilihat pada pengguna yang menggunakan jam digital Apple Watch. Antara spefikasi lain adalah notifikasi waktu-waktu solat, Tasbih, tempat makan halal dan pelbagai lagi.

#4 Athan: Prayer Times and Al Quran

Aplikas Athan juga antara aplikasi alternatif yang terbaik bagi menggantikan aplikasi Muslim Pro. Antara sebab aplikasi menjadi alternatif yang terbaik adalah ia menyediakan peringatan solat, surah-surah harian, terjemahan Al – Quran dan macam-macam lagi!

Nah, ini adalah beberapa alternatif lain apabila anda sudah nyahpasang aplikasi Muslim Pro.

Dari sudut positif, masyarakat kini telah lebih peka tentang pentingnya keselamatan data pribadi. Jadi, sebelum anda memuat turun apa-apa aplikasi, pastikan semak dulu akta privasi yang mereka tawarkan.

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts