Apa Salah Nasi Goreng?

apa-salah-nasi-goreng
Source: FiveFootFive Sg on Youtube

Everyone knows that rice is a staple in the lives of every living Malaysians. (Okay, bukan semua lah but you get my point)

Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar

Dengar nama je pun dah terliur kan? Belum lagi kalau korang bayangkan… Dengan nasi panas yang dibanjiri dengan kuah-kuah yang lagi panas – 99 Kata Fattah Amin pun tak cukup kata untuk describe kelazatannya tu.

Tinggal nak basuh tangan dan terus jamu selera sampai tak ingat dunia. Memang time tu rasa macam tak ada benda yang salah dekat dunia ni, just kita dan Nasi Ayam atas pinggan tu…. (Tiber)

Jap, kalau makan Nasi Goreng Tomyam waktu-waktu macam ni pun best jugak kan? Eh, korang nak pergi mana tu – kenapa basuh tangan?

“Kau lah ni! Terus aku tak selera nak makan dengan tangan” – @laichikangforever110

Hah, apa yang tak seleranya @laichikangforever110?

Okay, baru sis faham. Rupanya Nasi Goreng ni hanya boleh di makan pakai sudu dan garfu je. Siapa yang cakap? Tak ada sesiapa pun, cuma semua orang macam dah faham-faham je. #JustMalaysianThingsss

Jap tapi KENAPA dan MACAM MANA kita semua boleh setuju dengan idea ‘makan Nasi Goreng dengan tangan’ ni satu perkara taboo?   

“Mana ada taboo, over je lah kau ni!”

Over? You’re calling me over-

Cuba explain dekat sis kenapa suatu ketika dahulu (dua tahun lepas) dekat Café Sabby (salah satu tempat makan dekat Univerisiti) bila sis suap je Nasi Goreng Tomyam ke dalam mulut dengan tangan sis yang halus lagi lembut ni, orang sekeliling pandang macam sis ni penjenayah! Padahal aku hanyalah insan biasa yang ketika itu kebuluran…

“Ya Polis Bantuan, dia lah orangnya” – random siswi @ Café Sabby

Apa lah salah Nasi Goreng sampai nak makan dia guna tangan pun dipandang hina dan keji oleh masyarakat sekeliling. Kesian the Nasi Goreng Community. Apa sebabnya, tak ada sorang pun tahu. I guess this issue remains a Buzzfeed Unsolved Mystery. Apa pendapat korang dalam hal ni?

Rasanya dah tiba masa untuk kita semua grow up dan terima Nasi Goreng dengan seadanya. Sambil kita perjuangkan hak Nasi Goreng, #Justice4NasiGoreng, apa kata korang baca article Laichikang yang lain?

Total
22
Shares
1 comment
  1. Hahahah, betulla nasi goreng ni klau malas serious campak pape je jadi tapi tk pernah lak makan dgn tangan something to ponder 🤔 thx sbb artikel menarik ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts