Anjing Teruja Dapat Bertemu Tuannya Kembali

Disebabkan pandemik COVID-19, Sempadan antara Malaysia dan Singapura telah ditutup bermula 18 Mac 2020, yang mengakibatkan ramai rakyat Malaysia terkandas di Singapura. Setelah dua tahun ditutup, akhirnya sempadan telah dibuka semula pada 1 April lalu.

Berikutan dengan pembukaan sempadan, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki bersama dua ekor anjingnya yang teruja dapat bertemu kembali dengan tuannya.

Video yang berdurasi 1.52 minit itu telah meraih sebanyak 1.1M views, 118.2K likes, 6448 komen dan 8013 shares ketika artikel ini ditulis.

Menurut video itu, seorang lelaki india dilihat pulang ke rumah setelah terkandas selama 486 hari di Singapura. 

Belum sempat lelaki tersebut membuka pintu pagar, anjingya telahpun setia menunggu dengan penuh teruja

Mereka kemudian berpelukan di halaman rumah sebelum lelaki itu mendukung anjingnya masuk ke rumah.

Klip seterusnya menunjukkan kedua-dua anjingnya yang diberi nama Simba dan Nala mengerumuni lelaki berkenaan sambil menyalak dan melompat ke arahnya. Mereka juga turut baring bersama lelaki itu sambil berpelukan.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat video itu dan telah meninggal pelbagai mesej di ruangan komen.


Nak baca lebih kisah menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts