Alhamdulillah, reunited – Bella Astillah

Bella Astillah memuat naik video Aliff Aziz bertemu dengan anaknya untuk kali pertama setelah Aliff Aziz menetap di Singapore akibat pandemik melalui Instagram dua hari lepas.

Sumber: Instagram

Dalam video itu, Ayden yang merupakan anak sulung kepada Bella Astillah dan Aliff Aziz kelihatan sangat bahagia melihat ayahnya pulang ke pangkuannya setelah 9 bulan tidak bertemu. Sebelum ini, Bella Astillah beberapa kali memuat naik video anak sulungnya menayakan kepadanya ‘where’s daddy?’ ‘I want daddy‘ dan mengundang perhatian ramai netizen, bersimpati dengan Ayden kerana terlalu merindui ayahnya, Aliff Aziz.

Selama ketiadaan aliff Aziz di Malaysia, Bella Astillah telah pun mengandung anak kedua mereka dan melahirkan puteri mereka tanpa Aliff Aziz di sisi. Kiranya, setelah 5 bulan dilahirkan di muka bumi ini, itulah kali pertama Ara Adreanna bertemu dengan Aliff Aziz!

Di dalam post Bella Astillah itu, ramai yang turut berasa gembira akan kepulangan Aliff Aziz ke Malaysia. Dan aksi Ayden bersama ayahnya itu pun amat menyentuh hati!

Banyak kontroversi yang melanda mengenai Aliff Aziz kebelakangan beberapa tahun ini namun keluarga ini bersatu kembali dan melupakan kisah silam yang berlaku. Apa pun, semoga berbahagia Aliff dan Bella disamping anak anak yang tercinta!

Baca juga: TAHNIAH! Dato Seri Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Ke-2

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts