3 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Sepanjang Pandemik

Alat Kesihatan

Ramai yang sedia maklum, mungkin negara kita tidak akan beralih kepada fasa untuk kehidupan normal dalam jangka masa terdekat akibat daripada pandemik covid-19.

Tapi setelah hampir 2 tahun pandemik menyerang negara kita adakah anda sendiri sudah menyediakan sebarag alat kesihatan di dalam rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Dengan keadaan kini yang sangat tidak boleh dijangka yang mana peyebaran virus ini sudah menjadi sprodik iaitu di udara dan mungkin ada di persekitaran anda.

Maka, disebabkan itu, langkah berjaga-jaga dengan memastikan 4 alat kesihatan utama ini ada di setiap kediaman rakyat Malaysia.

1. Pulse Oximeter

alat kesihatan
Google

Pulse oximeter ialah alat untuk memantau paras oksigen dalam darah (SpO2) dan kadar denyutan jantung (pulse rate).

Paras oksigen normal ialah 96-100%.

Manakala pulse rate normal ialah 50-90 beats per minute (bpm) untuk dewasa. Bawah 100 dikira cukup bagus.

Untuk pesakit Covid-19, ada satu fenomena iaitu ‘Happy Hypoxia‘ di mana SpO2 dalam darah rendah tetapi pesakit tiada masalah bernafas dan tak bergejala.

Dalam erti kata lain, Happy Hypoxia ini adalah seseorang yang kekurangan oksigen akibat daripada jangkita Covid-19.

2. Blood Pressure Monitor

alat kesihatan
Google

Alat kesihatan yang seterusnya wajib ada di setiap rumah adalah, blood pressure monitor.

Ramai yang sedia maklum, alat ini adalah bagi mengukur tekanan darah tinggi terutama bagi mereka yang pernah mempunyai sejarah penyakit itu sendiri.

Menurut laporan daripada KKM, sebanyak 58.3 peratus pesakit Covid-19 yang dirujuk ke rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi.

KKM juga dalam satu kenyataan media menyarankan supaya rakyat di negara ini mengawal tekanan darah khususnya bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati, pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit Covid-19.

Maka disebabkan itu, alat kesihatan ini wajib berada di setiap kediaman di Malaysia.

3. Thermometer

alat kesihatan
Google

Antara salah satu gejala yang menunjukkan seseorang itu dijangkiti covid-19 adalah suhu badan yang meningkat dan keadaan diri yang demam.

Oleh yang demikian, penggunaan thermometer adalah penting kerana alat kesihatan ini adalah berfungsi untuk mengukur suhu , serta perubahan suhu dalam tubuh badan.

Jika ada dapat memastikan perubahan suhu yang cukup ketara di dalam tubuh badan, segera berjumpa dengan pihak yang lebih berkenaan.

Haa, macam mana? Ada tak alat-alat ni dekat rumah anda? Kalau belum ada lagi, ini lah masanya untuk dapatkan. InshaAllah, alat kesihatan ni, boleh digunakan dalam waktu tempoh yang panjang.

Nak tahu lebih banyak lagi artikal yang menarik? Klik je Laichikang sekarang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts