AEON Malaysia Naikkan Gaji Minimum RM1,500 Sebelum Hujung Tahun 2022

Sememangnya gaji minimum hendaklah berubah selaras dengan kadar inflasi negara. Baru-baru ini, keluar kenyataan Malaysia akan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 hujung tahun 2022 ini. 

Namun begitu, digemparkan bahawa AEON Co (M) Bhd dan AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Malaysia) telah menguatkuasakan kenaikan gaji minimum untuk pekerja Gred G daripada RM1,200 kepada RM1,500 pada 1 Januari lalu. 

Jumlah ini adalah gaji asas dan tidak termasuk elaun atau insentif yang lain.

Menurut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi , AEON Malaysia akan sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja dan menyambut baik saranan Kementerian Sumber Manusia.

Sehubungan itu, gaji minimum akan dinaikkan lebih awal dari tarikh yang disyorkan kerajaan.

“Ia selari dengan inisiatif lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk menyediakan peluang, dorongan serta sokongan kepada pihak berkepentingan terutama mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau juga memberitahu yang AEON Malaysia disokong kira-kira 13,000 pekerja seluruh negara. Mereka dikenali sebagai ‘AEON Warriors’ merupakan aset syarikat yang amat bernilai. Oleh itu, kebajikan mereka menjadi keutamaan pihak AEON Malaysia.

“Melalui AEON Warriors, kami akan terus melaksanakan inovasi runcit baharu untuk kekal berdaya saing dalam menghadapi cabaran semasa dan yang paling penting, untuk kemudahan pelanggan. Kami berdiri teguh dan kekal bersatu untuk memainkan peranan dalam menjana ekonomi negara,” sambungya.

Usaha AEON dalam menjalankan kenaikan gaji minimum ini selaras dengan usaha Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 8) yang memperjuangkan pekerjaan yang baik sekaligus meningkatkan ekonomi. 

Baca berita terkini di Laichikang.

Total
29
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts