9 Movie Yang Dinantikan Tahun 2022

Kemunculan COVID-19 telah memberi impak yang besar terhadap industri perfileman di serata dunia. Pelbagai projek ditangguhkan, dan filem tidak dapat disiarkan di panggung. Oleh itu, tahun 2022 diharap menjadi tahun pemulihan bagi industri perfileman.

Mari kita lihat senarai filem-filem yang ditunggu pada tahun 2022.

1. The Batman

  • Filem arahan: Mat Reeves
  • Tarikh keluar: 4 Mac 2022

Filem ini memfokuskan permulaan kisah perjalanan adiwira Batman ketika dia mendapat tahu akan korupsi keluarganya yang berkait rapat dengan Bandar Gotham. Dibintangi Robert Pattinson sebagai Batman, Peter Sarsgaard, Colin Farrell, dan Zoë Kravitz sebagai Catwoman.

2. Turning Red

  • Filem arahan: Domee Shi
  • Tarikh keluar: 11 Mac 2022 di Disney+

Salah satu filem keluaran Pixar tahun ini. “Turning Red” mengisahkan seorang remaja yang akan bertukar menjadi seekor panda merah gergasi setiap kali dia berasa teruja.

3. The Northman

  • Filem arahan: Robert Eggers
  • Tarikh keluar: 22 April 2022

Dibintangi Alexander Skarsgård, “The Northman” mengisahkan seorang putera viking dan perjalanannya membalas dendam terhadap demi kematian bapanya dan menyelamatkan ibunya. 

4. Doctor Strange: In the Multiverse of Madness

  • Filem arahan: Sam Raimi 
  • Tarikh keluar: 6 Mei 2022

Dalam filem ini, Dr. Strange membuka portal yang bersambung dengan multiverse lain. Namun begitu, ancaman yang keluar dari portal yang dibuka mungkin lebih daripada apa yang beliau dan rakannya mampu tandingi. 

5. Top Gun: Maverick

  • Filem arahan: Joseph Kosinski
  • Tarikh keluar: 27 Mei 2022

Tom Cruise kembali lagi sebagai Pete “Maverick” Mitchell dalam sequel “Top Gun” ini. Kali ini, dia perlu melatih sebuah skuad baru untuk menjalankan misi yang berbahaya.

6. Jurassic World: Dominion

  • Filem arahan: Collin Trevorrow
  • Tarikh keluar: 10 Jun 2022

Dalam filem ketiga franchise ini, Dinasour-dinasour dari “Fallen Kingdom” mula menjelajah dunia realiti jauh dari pulau asal mereka.

7. Thor: Love and Thunder

  • Filem arahan: Taika Waititi
  • Tarikh Keluar: 8 Julai 2022

Filem keempat frachise ini bakal dibintangi oleh Natalie Portman, Chris Hemsworth, Christian Bale, Chris Pratt, Matt Damon, Russell Crowe, dan Melissa McCarthy. 

8. Black Panther: Wakanda Forever

  • Filem arahan: Ryan Coogler
  • Tarikh keluar: 11 November 2022

Sequel kepada filem “Black Panther” akan meneroka karakter-karakter sedia ada dengan lebih mendalam. Watak T’Challa/Black Panther tidak akan diganti sesiapa walaupun selepas pemergian Chadwick Boseman pada tahun 2020.  

9. Avatar 2

  • Filem arahan: James Cameron
  • Tarikh keluar: 16 Disember 2022

Setelah lebih sedekad, akhirnya filem blockbuster ini akan keluarkan filem kedua dalam franchisenya.

Filem ini mengisahkan Jake Sully dan Ney’tiri yang sudah berkeluarga dan cuba sdaya upaya untuk ekal bersama. Namun begitu, mereka perlu bergerak meninggalkan rumah mereka apabila ancaman kuno mula muncul kembali. 

Jangan lupa saksikan semua filem yang tersenarai ni di pawagam!

Ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk lebih kisah menarik.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts