8 Tips Cari Kerja Bagi Fresh Graduate

tips cari kerja

Menurut kajian, terdapat lebih dari 200,000 graduan yang berjaya menamatkan pengajian setiap tahun. Tapi, dalam ramai-ramai tu, sekurang-kurangnya lebih 50,000 yang menganggur sebab tak dapat kerja. Ikuti 8 tips cari kerja bagi fresh graduate ini dan semoga bermanfaat.

Tidak dinafikan, cari kerja tu memang tak mudah. Lagi lagi di zaman pandemik ini. Tapi, sekurang kurangnya kita boleh cuba dan selebihnya tawakal sahaja.

Tak ada seorang graduan yang tak bermimpi untuk dapatkan kerja sebaik sahaja tamat pengajian. Tapi maklumlah, rezeki semua orang berbeza beza. Jangan risau dah teruskan membaca.

Jom ikuti 8 tips cari kerja bagi fresh graduate di bawah.

#1 Ketahui masa yang betul untuk mula mohon kerja

tips cari kerja
Sumber: Freepik

Agak-agak bila masa yang sesuai untuk korang mula kemaskini resume dan mula mohon kerja? Bila korang dah final year, korang dah boleh mula untuk update resume korang juga. Sambil sambil korang siapkan FYP, sambil tu korang mohon juga kerja yang korang nak.

Walaupun tak ada lagi final result yang official, korang boleh gunakan result semasa dan maklumkan je dalam cover letter jangkaan bila korang akan grad.

#2 Ketahui medium untuk mencari kerja

Ada banyak medium untuk korang cari kerja. Contohnya seperti JobStreet, WOBB, LinkedIn, Indeed, dan banyak lagi.

tips cari kerja
Sumber: Facebook

#3 Lepas belajar, jangan rehat terlalu lama

Kebanyakan graduan mengambil masa untuk berehat sebab ‘dah penat belajar’. Bila dah habis belajar, korang patut cepat cepat cari kerja sebab dah terlalu banyak pesaing yang korang kena bersaing untuk mendapatkan kerja yang korang nak. Kalau terlepas, macam mana?

#4 Selalu buat semakan

Rajin rajin kan lah buat semakan jawatan kosong di akhbar, internet dan boleh juga cuba di web kerjaya/jawatan kosong.

Kalau korang nak tahu, setiap organisasi ada Jabatan Sumber Manusia yang boleh dijadikan rujukan. Bila dah teliti maklumat syarikat dan jawatan yang ditawarkan, baru lah korang hantar emel untuk tanya soalan yang berkaitan.

#5 Kaji trend pengiklanan

tips cari kerja
Sumber: Freepik

Kaji setiap syarikat akan analisa trend pengiklanan mengikut bulanan atau pun tahunan. Kena rajin semak apakah jenis jawatan yang biasa diiklankan.

Sekiranya jawatan yang biasa ditawarkan tu tak relevan dengan bidang korang, jangan putus asa. anda masih berpeluang dengan melihat bidang tugas perjawatan dan kelulusan secara am atau pun sebaliknya.

#6 Malu bertanya, sesat jalan

tips cari kerja
Sumber: Freepik

Kalau korang nak dapatkan sesuatu maklumat dengan segera, jangan malu dan telefon terus ke bahagian Sumber Manusia di syarikat tersebut.

Tanya je seberapa banyak soalan yang anda mahu untuk dapatkan maklumat yang korang cari.

Dah bersedia untuk lagi 2 tips cari kerja? Keep on scrolling!

#7 Buat kerja sambilan

Tips cari kerja seterusnya ialah buat kerja sambilan. Kerja sambilan yang macam mana tu? Korang boleh jadi guru ganti kat sekolah, atau jadi cikgu di pusat tuition.

Kerja sambilan yang korang buat pun boleh dijadikan sebagai satu pengalaman kerja.

#8 Kuasai ‘high demand’ skills

Skill high demand adalah seperti skill penggunaan Microsoft Office, Photoshop/Design, Video Editing, dan juga IT.

Apabila korang ada skills ini, kiranya macam bonus point lah dan ada chance yang tinggi untuk korang dapatkan kerja.

Semoga 8 tips cari kerja ini bermanfaat untuk fresh grad dan sesiapa yang tengah cari kerja. Good luck!

Oh! Sebelum tu, nak lebih banyak tips cari kerja pada masa akan datang? Layari je https://www.laichikang.com. Tips lain pun banyak tau!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts