8 Tempat Berkelah Yang Korang Patut Pergi!

tempat berkelah

Dah boleh rentas negeri ni guys! Kalau korang buntu nak pergi mana pada hujung minggu, apa kata korang check out 8 tempat berkelah ini yang korang boleh berkelah, siap ada air terjun tau! Ya, betul! Ini 8 tempat berkelah yang korang patut pergi.

Hujung minggu merupakan masa yang sangat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga ataupun bersama kawan kawan. Bukan sahaja dapat meluangkan masa dengan mereka, malah dapat menikmati persekitaran yang hijau dan menyegarkan!

Kenapa korang kena pergi tempat berkelah yang kami cadangkan ni? Sebabnya ialah..

Korang mesti dah bosan kan berjalan jalan kat mall? Walaupun kat Malaysia ni ada lebih dari 20 mall, tapi tak boleh nak nafikan yang semua mall sama je. Kedai kedai dalam mall semuanya sama je. Sekali sekala tu, mestilah nakkan kelainan kan? Daripada korang bazirkan duit untuk shopping, sekali sekala tu jom habiskan duit beli bahan untuk buat bbq dan cari tempat berkelah yang bersesuaian, kan seronok!

Memang lain dari yang lain tau bila kita luangkan masa dengan keluarga atau kawan kawan kita kat tempat yang kita boleh buat bbq dan makan makan. Bukan tu je, siap boleh mandi sungai! Memang seronok. Lagi lagi kalau gerak awal pagi, sebab air sungai di pagi hari memang sejuk dan menyegarkan 😍 jom tengok tempat berkelah yang sesuai untuk korang terokai bersama keluarga ataupun yang tersayang!

Ok, dah ready nak tahu 8 tempat berkelah yang korang patut pergi?

Ready?! Okay, let’s go!

1. Pantai Redang, Sekinchan

Kalau nak tahu, Pantai Redang ni memang menjadi tumpuan warga setempat untuk beriadah setiap hujung minggu! Kalau korang duduk sekitar Lembah Klang, dan inginkan suasana santai untuk lepak bersama yang tersayang, ini lah tempat yang korang cari!

Kalau korang dari KL pula, masa yang diperlukan untuk ke sini hanya lah sejam setengah je. Masih dikira dekat lah tu, kan? Kalau korang nak nikmati makanan laut, ada banyak gerai gerai berhampiran yang menghidangkan makanan laut.

tempat berkelah
Sumber: TripJalan
2. Pantai Morib, Banting

Kalau sebut je Pantai Morib, mustahil lah orang akan cakap ‘kat mana tu?’ sebab Pantai Morib memang terkenal! Terdapat dua Pantai Morib, iaitu Pantai Morib Baru dan Pantai Morib Lama. Kedua dua pantai ini hanyalah bersebelahan. Kalau nak mandi manda, kami cadangkan korang ke Pantai Morib Baru jika airnya cantik dan tidak berkeladak.

Pantai Morib ini juga banyak kemudahan lain seperti adanya tempat untuk berehat, solat, tandas awam dan sebagainya. Nak singgah rehat sekejap sebab perjalanan jauh pun boleh sebab ada R&R.

tempat berkelah
Sumber: Mai Singgah
Sumber: Visit Selangor
3. Sungai Inki, Kalumpang

Kalau korang nak lari dari kesibukan kota, dan inginkan hutan yang sunyi dan bunyi air mengalir untuk menemani anda, Sungai Inki adalah pilihan yang tepat. Lokasi Sungai Inki terletak di antara Kuala Kubu Baru dan Tanjung Malim.

Sungai ini agak luas, jadi memang sesuai kalau korang nak datang dan bersantai bersama keluarga atau kawan kawan. Ada juga beberapa kemudahan seperti penginapan seperti chalet, resort dan training centre. Terdapat juga titi gantung untuk beriadah. Selain tu, ada juga tempat untuk aktiviti BBQ, pondon berehat dan jangan risau tentang parking kereta sebab luas ya! Tidak dinafikan, tempat berkelah yang menyediakan tempayt parking kereta yang luas sememangnya satu kelebihan yang bagus ya.

Sumber: MY ALL – blogger
4. Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu

Kalau korang nak bersantai sambil melakukan aktiviti yang agak lasak, Air Terjun Chilling ini lokasi yang sangat sesuai! Kenapa? Sebab korang lena merentasi 5 batang anak sungai, kena harungi anak sungai yang berbatu dan licin serta perlu melepasi titi gantung untuk sampai ke kawasan air terjun ini.

Tapi jangan risau, sudah tentu cabaran yang berliku tu sangat berbaloi bila dah sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi! Kalau korang nak cuba trek ke kawasan air terjun yang paling atas, pastikan korang mula mendaki di awal pagi sebab lepas pukul 3 petang, sebarang aktiviti pendakian adalah tidak dibenarkan.

Sumber: Berita Harian
Sumber: GoKelah
5. Air Terjun Sungai Tua, Ulu Yam

Kawasan air terjun ini mudah diakses dengan menggunakan kereta jadi ia tidak begitu mencabar seperti Air Terjun Chilling. Kalau korang ada anak atau adik kecil pun tak ada masalah! Ada sungai yang cetek dan amat sesuai serta selamat bagi aktiviti mandi manda si kecil. Nak berteduh pun boleh, sebab ada kemudahan pondok yang terletak di tepi sungai.

6. Air Terjun Kemensah, Ampang

Sekitar Ampang pun ada air terjun kalau korang nak tahu! Lokasi air terjun ini berdekatan dengan Zoo Negara. Alang alang dah mandi di air terjun, why not lepas tu kunjung zoo negara pula.

Air terjun ini sangat terkenal dengan kejernihan airnya, kawasan yang kurang berbatu dan terdapat kolam takungan air. Ada juga kemudahan chalet yang sangat selesa untuk para pengunjung merehatkan diri.

7. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

Di daerah Gombak, Air Terjun Sungai Pisang merupakan air terjun yang sangat terkenal. Air terjun ini sememangnya tempat berkelah yang paling ideal jika korang nak berkelah bersama rakan rakan.

Di sini, anda juga boleh memancing, mandi manda, jungle trekking dan berBBQ. Banyak aktiviti yang menyeronokkan yang boleh korang lakukan bersama rakan rakan.

Sumber: Aliff Arifen
8. Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kalau dah terokai semua tempat berkelah dan korang inginkan kelainan, korang boleh cuba beristirehat santai di kolam air panas! Tahukah anda, Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali ini merupakan kolam air panas semulajadi yang agak popular di Selangor? Ya, betul!

Untuk sampai ke sini, anda akan lalui kampung dan ladang kelapa sawit. Banyak kemudahan yang ada di sini seperti tempat letak kereta percuma, gazebo, pondok dan laluan jambatan kecil juga disediakan untuk keselesaan para pengunjung.

Sumber: Fieda

Ini adalah 8 tempat berkelah yang korang patut pergi dan terokai! Yang penting, jangan lupa jaga keselamatan diri.

Baca: New Norm Getaway: Ini 10 Hotel Private Yang Anda Patut Kunjungi!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts