8 Makanan Yang Menyebabkan Masalah Kembung Perut

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut

Setiap seorang daripada kita pasti pernah mengalami masalah kembung perut dan berangin. Kadang-kadang, rasa sakit turut dirasai pada bahagian abdomen. Ramai yang tidak sedar bahawa makanan dan minuman tertentu menjadi punca berlakunya masalah kembung perut.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 8 makanan yang cenderung mengakibatkan kembung perut dan berangin selepas memakannya.

8 makanan yang menyebabkan masalah kembung perut

1. Roti

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Roti boleh dianggap sebagai makanan ruji bagi majoriti individu. Ramai yang tidak tahu bahawa roti sebenarnya boleh menyebabkan masalah kembung perut sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.

Jika anda mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit dan masih mengalami kembung perut, itu mungkin petanda bahawa anda mempunyai masalah intoleransi gandum dan gluten.

2. Buah-buahan kering

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Tidak dinafikan, buah kering seperti buah prun, buah tin dan kismis mengandungi sumber nutrien dan serat yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan perut menjadi berangin dan kembung terutamanya bagi mereka yang menderita intoleransi fruktosa.

3. Epal

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Epal merupakan salah satu buah yang tinggi serat serta baik untuk melancarkan proses pencernaan. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang mengatakan bahawa epal membuatkan mereka mengalami masalah kembung perut.

Selalunya, keadaan ini terjadi kepada mereka yang mempunyai diet rendah serat. Sistem pencernaan mereka tidak biasa dengan peningkatan serat secara mendadak sekali gus membuatkan perut menjadi berangin dan kembung.

4. Tembikai

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Percaya atau tidak, ada segelintir individu yang boleh mengalami masalah kembung perut akibat memakan tembikai. Ini kerana kandungan fruktosa yang terdapat dalam tembikai boleh dikatakan cukup tinggi.

Mereka yang menderita intoleransi fruktosa perlu mengelakkan memakan buah tembikai dalam kuantiti yang banyak.

5. Bawang

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Sama seperti buah-buahan kering dan tembikai, bawang juga mengandungi kadar fruktosa yang tinggi. Individu yang menderita intolerasi fruksota tidak dapat menyerap gula semula jadi yang terdapat dalam bawang dengan sebaiknya.

Sekiranya fruktosa tidak diserap ke dalam aliran darah seperti sepatutnya, ia akan masuk ke dalam saluran usus dan menjadi makanan kepada bakteria di dalamnya.

Apabila bakteria memakan fruktosa, gas metana akan terhasil. Seterusnya, perut akan mula menjadi berangin dan kembung.

6. Bawang putih

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Bawang putih merupakan antibiotik semula jadi yang boleh mendatangkan banyak manfaat pada kesihatan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah perut kembung buat segelintir individu terutamanya jika dimakan begitu sahaja.

7. Tomato

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Buah tomato sememangnya kaya dengan asid semula jadi. Kandungan asid yang tinggi di dalamnya boleh meransang pengeluaran asid perut bagi sesetengah individu. Kesudahannya, perut menjadi tidak selesa dan kembung.

8. Produk tenusu

makanan yang menyebabkan masalah kembung perut
Sumber: Unsplash

Mereka yang mengalami kepekaan laktosa akan cenderung untuk mengalami masalah kembung perut selepas mengambil produk tenusu seperti susu, keju atau yogurt.

Apabila laktosa iaitu gula semula jadi yang terdapat dalam susu tidak dapat diserap dengan baik oleh usus kecil, ia akan masuk ke dalam usus besar dan ditapai oleh bakteria usus. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi kembung dan berangin.

Setiap individu bagaimanapun mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan yang disenaraikan di atas. Sekiranya masalah kembung perut berlanjutan, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

[LIHAT JUGA] 5 Jenis Teh Dan Kelebihannya

Total
40
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts